BANTUANBWEJKMWarga Emas

Bantuan Khas BWE RM500 : Syarat Kelayakan & Panduan Mohon

Bantuan Khas BWE RM500 adalah merupakan inisiatif istimewa yang diberikan secara setiap bulan kepada mereka yang layak. Untuk sedia maklum, pelbagai jenis insentif bantuan bulanan telah diperkenalkan dan salah satunya adalah BWE.

BANTUAN KHAS BWE RM500 SEBULAN

Kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan skim bantuan kebajikan yang meliputi pelbagai jenis insentif. Salah satu inisiatif yang ada dan boleh dimohon adalah bantuan warga emas atau lebih dikenali sebagai BWE.

Program khas BWE ini adalah sebuah bantuan berbentuk kewangan dibawah Belanjawan 2023 yang disediakan untuk golongan yang kurang berkemampuan. Mereka yang berkelayakan akan menerima insentif khas ini secara setiap bulan.

Tujuan utama perlaksana program pemberian insentif BWE ini adalah bagi membantu meringankan beban demi meneruskan kelangsungan hidup dalam masyarakat. Kadar bayaran yang ditawarkan adalah bernilan RM500 sebulan (seorang).

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS BWE RM500

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi mendapatkan insentif BWE RM500 sebulan ini adalah seperti berikut :

  • Terbuka untuk Warganegara yang bermastautin di Malaysia sahaja
  • Pendapatan isi rumah (bulanan) tidak boleh melebihi (PGK) – Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Pemohon berumur 60 tahun dan keatas
  • Kategori warga emas/ orang tua
  • Pemohon tidak menetap di mana-mana institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian yang menyediakan kemudahan perkhidmatan secara percuma

CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BWE

Jika anda, ahli keluarga atau mempunyai kenalan rapat yang menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dikemukakan segera. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM (BWE) – DI SINI

Untuk makluman, perlaksanaan semua bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) antara pihak kerajaan persekutuan dan kerjaaan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia bawah senarai 3, jadual kesembilan senarai perundangan.

MAKLUMAT LANJUT

Bulan ini sahaja, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button