BANTUANMySTRMySTR 2024

MySTR 2024 : Jadual & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

MySTR 2024 : Jadual bayaran dan Jumlah bayaran mengikut kategori kelayakan telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Untuk sedia maklum, inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini secara rasmi akan diteruskan pada sesi tahun hadapan.

MYSTR 2024 : KADAR JUMLAH KESELURUHAN DINAIKKAN

Semasa sidang Belanjawan 2024, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah. Beliau berkata bahawa kadar jumlah bayaran bagi bantuan tunai STR 2024 akan ditingkatkan berbanding tahun ini.

Jumlah keseluruhan bayaran STR 2024 dinaikkan kepada RM3,700 berbanding tahun ini RM3,100 sebelum ini. Perkara ini merupakan berita gembira buat penerima bantuan kewangan ini bagi meringankan beban mereka pada tahun hadapan.

JADUAL BAYARAN MYSTR 2024 MENGIKUT FASA

Kerajaan perpaduan telah menetapkan jadual pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah sesi tahun 2024 secara berperingkat mengikut fasa seperti dibawah :

  • Bayaran fasa pertama (1) mula dikreditkan pada : Februari 2024
  • Bayaran fasa kedua (2) mula dikreditkan pada : April 2024
  • Bayaran fasa ketiga (3) mula dikreditkan pada : Ogos 2024
  • Bayaran fasa keempat (4) mula dikreditkan pada : November 2024

Nota : Kadar bayaran bagi setiap bulan adalah berbeza mengikut kategori kelayakan dan tanggungan anak.

JUMLAH BAYARAN MYSTR 2024 MENGIKUT KATEGORI

Dibawah dikongsikan jumlah bayaran yang akan diberikan kepada rakyat Malaysia mengikut kategori kelayakan seperti berikut.

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • RM1,000 : Tiada anak (0)
  • RM1,500 : Mempunyai tanggungan anak (1-2)
  • RM2,000 : Mempunyai tanggungan anak (3-4)
  • RM2,500 : Mempunyai tanggungan anak (5 keatas)

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • RM500 : Tiada anak (0)
  • RM750 : Mempunyai tanggungan anak (1-2)
  • RM1,000 : Mempunyai tanggungan anak (3-4)
  • RM1,250 : Mempunyai tanggungan anak (5 keatas)

KATEGORI BELIA BUJANG (21 TAHUN KEATAS)

  • RM500 (RM350)

WARGA EMAS BUJANG (60 TAHUN KEATAS)

  • RM750 (RM600)

KEMASKINI MAKLUMAT TERKINI & DAFTAR BAHARU

Bermula 1 November 2023, rakyat Malaysia boleh buat pengemaskinian maklumat terkini bagi mendapatkan bayaran tahun 2024. Kepada bukan penerima tahun ini boleh kemukakan permohonan secara online.

Untuk kemaskini maklumat atau daftar permohonan baharu, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button