ANISBANTUAN

Program Bantuan ANIS Secara One-off RM 5,000

Pada tahun ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri bagi membantu rakyat yang memerlukan. Terdapat satu program bantuan yang dikenali sebagai Anak Istimewa Selangor atau lebig dikenali sebagai ANIS. Program bantuan ini telah diperkenalkan pada tahun 2019 dan telah dilaksanakan sehingga tahun ini.

Program Bantuan ANIS

Kepada keluarga yang layak bantuan ANIS ini akan terima bantuan sebanyak RM 5,000 secara sekali bayar (One-off) dari pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) pada tahun ini.

Bantuan ini dibuka kepada keluarga / pemohon yang mempunyai tanggungan anak golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan tujuan bagi mengurangkan kos pembelanjaan dalam segi menguruskan anak.

Syarat Kelayakan

  • Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  • Penjaga lahir di negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor
  • Penjaga yang bukan bersalah dari Selangor tetapi menetap di Negeri Selangor lebih dari 10 tahun
  • Ibu / bapa / penjaga merupakan pengundi di Selangor
  • Ibu bapa yang mempunyai anak OKU berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Anak mempunyai kad OKU yang sah dikeluarkan oleh pihak JKM
  • Jika tidak mempunyai kad OKU, sediakan surat pengesahan doktor.

Panduan Cara Mohon

Permohonan bantuan ini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Bantuan ANIS – DI SINI

Kepada pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan dan sertakan dokumen yang diperlukan pada ruangan. Setelah seleasai sila hantar borang ke alamat berikut :

Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,

40000 Shah Alam, Selangor.

Peringatan : Untuk permohonan ini dibuka sehingga tarikh tutup pada 31 Mei 2022 bersamaan hari selasa. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan program bantuan ANIS ini, sila layari Laman Rasmi – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah dilaksanakan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan lebih-lebih lagi kepada golongan berpendapatan rendah. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button