KWSPPengeluaran Penuh

Terkini : Pengeluaran Penuh KWSP Dibenarkan Pada Disember Ini

Terkini : Pengeluaran Penuh KWSP dibenarkan pada bulan ini melalui akaun 1 dan akaun 2 kepada ahli yang berkelayakan dan memerlukan. Untuk makluman umum, pihak KWSP telah menyediakan pelbagai inisiatif kemudahan pengeluaran kepada pencarum.

TERKINI : PENGELUARAN PENUH KWSP

Seperti sedia maklum, sebenarnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan kemudahan epengeluaran melalui i-akaun. Ahli KWSP boleh keluarkan wang simpanan melalui akaun 1 dan akaun 2 secara sebahagian atau sepenuhnya.

Pengeluaran untuk tujuan peribadi tertentu boleh dilakukan selagi ahli menepati kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Di halaman ini dikongsikan jenis-jenis kategori pengeluaran penuh KWSP yang boleh dilakukan pada bulan Disember ini.

PENGELUARAN PENUH KWSP (55 TAHUN)

Setelah ahli/ pencarum KWSP mencapai umur 55 tahun, secara rasminya telah melepasi usia persaraan dan boleh pilih untuk menguruskan wang sendiri. Caruman akan digabungkan dari akaun 1 dan akaun 2 kedalam akaun 55.

Setelah mencapai 55 tahun ahli boleh membuat pengeluaran sepenuhnya atau sebahagiaan simpanan mereka pada bila-bila masa.

PENGELUARAN PENUH (HILANG UPAYA)

Jika ahli KWSP dilanda musibah kehilangan keupayaan dari segi mental atau fizikal hingga menjejaskan pekerjaan, pengeluaran penuh boleh dilakukan. Pihak KWSP juga akan memberikan insentif tambahan RM5,000 sebagai bantuan hilang upaya.

(MENINGGALKAN NEGARA)

Untuk ahli KWSP yang telah melucutkan taraf atau melepaskan kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain. Mereka boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan KWSP dari akaun 1 dan akaun 2.

PENGELUARAN (UMUR 60 TAHUN)

Kepada pencarum yang memilih untuk terus bekerja selepas mencapai umur 55 tahun, caruman seterusnya akan dikreditkan ke dalam akaun emas. Wang simpanan dalam akaun tersebut boleh dikeluarkan setelah mencapai umur 60 tahun.

Pada usia 60, kesemua simpanan dari akaun 55 dan akaun emas digabungkan dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa syarat.

(MENINGGAL DUNIA/ KEMATIAN)

Ini penting, jika berlaku ahli meninggal dunia, pewaris boleh membuat pengeluaran penuh simpanan ahli sebagai wakil. Justeru  pihak KWSP sangat menyarankan kepada para pencarum untuk membuat penamaan bagi memudahkan urusan pewaris tanpa sebarang kesulitan.

PANDUAN DAFTAR & MOHON PENGELUARAN PENUH KWSP

Kepada rakyat Malaysia yang ingin membuat pengeluaran penuh untuk tujuan seperti diatas, anda boleh lakukan pada bila-bila masa selagi menepati kelayakan. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain itu terdapat lebih banyak kemudahan dan insentif bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button