2.0KWSPPengeluaran Khas

Wajar Atau Tidak Kemudahan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Dilancarkan?

Pada tahun ini banyak inisiatif telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu meringkan beban rakyat kerana dalam keadaan ekonomi pasca pendemik ini, masih ramai rakyat yang menyatakan mengalami masalah khususnya kewangan.

Tidak semua orang mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP bagi membolehkn mereka mengeluarkan kemudahan pengeluaran seperti i-Lestari, i-Citra dan baru-baru ini Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000.

PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0 BAKAL ADA?

Selepas ramai yang mendapatkan Pengeluaran Khas KWSP RM 10 ribu dan berbelanja pada bulan perayaan Aidilfitri, ada yang mula resah dan tidak tenang. Hal ini kerana wang semakin sedikit dan ada yang sudah habis berbelanja kerana sudah berbelanja pada hari raya yang mana sudah 2 tahun tidak disambut kerana sekatan rentas negeri.

Ada yang seronok berbelanjakan ke arah barangan kemas, ada yang menggunakan ke arah membayar hutang tunggakan kepada orang yang dihutang. Sebenarnya tidak salah menggunakan duit KWSP tersebut tetapi biarlah berpada pada seperti kata pepatah ” Ukur Baju Di Badan Sendiri ” lebih baik RM 10,000 itu dijadikan modal untuk membeli aset seperti barangan atau dijadikan modal perniagaan kecil-kecilan seperti jualan di pasar atau buat secara online.

Perlu ke ada kemudahan Pengeluaran Khas KWSP 2.0? Siapa yang tak nak wang, lebih-lebih lagi sekarang zaman tengah susah, lagi banyak keperluan perlu diselesaikan dengan duit. Sememangnya di zaman sekarang orang kaya semakin kaya, orang susah semakin susah. Kita perlu berfikir banyak sebelum melakukan sesuatu keputusan dalam bidang melibatkan kewangan ini dan sama-samalah kita bermuhasabah kan diri.

Jimatkanlah berbelanja jika wangan RM 10,000 masih ada baki lagi. Semoga kita tidak perlu berharap dengan pengeluaran khas daripada KWSP 2.0, Sumber dari Utusan.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi Keluarga Malaysia yang memerlukan terutama bantuan berbentuk tunai. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button