FSA2KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran KWSP FSA2 Khas Kini Dibenarkan

Pengeluaran KWSP FSA2 khas kini dibenarkan kepada pencarum / ahli yang membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi. Untuk sedia maklum, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan sebuah kemudahan yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP.

PENGELUARAN KWSP FSA2 KHAS

Bermula April 2023, pihak KWSP telah membenarkan para pencarum yang ini membuat pembiayaan pengeluaran peribadi melalui FSA2 KWSP. Kemudahan ini dibuka bagi membantu ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran khas untuk tujuan peribadi.

Melalui kemudahan pembiayaan pengeluaran melalui FSA2 KWSP ini, pencarum yang berumur 55 tahun dan ke bawah layak untuk memohon. Untuk makluman, FSA2 KWSP ini akan dilaksanakan secara 2 fasa dan kini permohonan bagi fasa 1 telah dibuka.

SYARAT KELAYAKAN 

Terdapat beberapa syarat kelayakan bagi pembiayaan pengeluaran khas KWSP FSA2 fasa 1 yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Kemudahan dibuka kepada ahli KWSP
  • Pemohon belum mencapai umur 555 tahun
  • Minimum baki simpanan dalam akaun 2 KWSP RM3,000
  • Warganegara Malaysia
  • Permohonan boleh dilakukan hanya sekali sahaja
  • Permohonan tidak boleh dibatalkan
  • Mematuhi syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh wakil institusi perbankan yang terlibat
  • Tarikh permohonan FSA2 KWSP dibuka dalam tempoh setahun bermula 7 April 2023.

PEMBIAYAAN PENGELUARAN SEHINGGA RM50,000

Bagi pengetahuan umum, kadar jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000. Pengeluaran tertakluk pada baki simpanan dalam akaun 2 KWSP.

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA

Pihak KWSP telah memaklumkan tarikh permohonan pengeluaran khas ini telahpun dibuka bermula 7 April 2023 (tempoh permohonan dibuka selama setahun).

PANDUAN LENGKAP CARA MOHON

Bagi mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online). Panduan lengkap cara mohon pembiayaan pengeluaran khas KWSP FSA2 telah disediakan di laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button