Sah! Pengeluaran Khas KWSP Untuk Membeli Dan Membina Rumah Dibenarkan
Memang tidak dinafikan pada tahun ini ramai rakyat yang mengeluh dengan kenaikkan harga barang asas baru-baru ini dan menyebabkan ada golongan yang inginkan perlaksanaan pengeluaran khas KWSP 2.0 dilakukan. Namun begitu ia bukan hal yang mudah dan pihak KWSP perlu menyelidik dari pelbagai aspek penting.
Pada pertengahan tahun 2022 telah hangat diperkatakan berkenaan Pengeluaran Khas KWSP 2.0, ramai yang mengharapkan perlaksanaan kali kedua dapat dilakukan pada tahun ini. Namun untuk melaksanakan perkara tersebut bukan suatu hal yang mudah kerana pengeluaran khas KWSP 10,000 baru sahaja dibenarkan.
Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan seperti terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana anda mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Sebenarnya anda boleh membuat atau melakukan pengeluaran wang KWSP anda untuk tujuan peribadi seperti membina / ubah suai rumah, pendidikan, rawatan dan lain-lain.
Pengeluaran Wang KWSP Untuk Membeli / Membina Rumah Dibenarkan
Berita gembira kepada para pencarum yang sedang mencari rumah sendiri untuk didiami terutama kepada rumah pertama, kerana pihak KWSP telah membenarkan pengeluaran wang boleh dibuat untuk ahlinya selagi menepati syarat dan terma yang telah ditetapkan.
Untuk makluman, pihak KWSP telah memberikan kemudahan untuk membantu ahli memiliki rumah sendiri sama ada melalui pembinaan, membeli rumah subsale, rumah lelong atau melalui Rumah Mesra Rakyat 2022. Anda boleh semak syarat dan cara mohon di portal rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – KWSP Beli Rumah
Namun, bukan hanya untuk membeli rumah sahaja. Terdapat pengeluaran khas lain yang dibenarkan pada waktu ini. Anda boleh semak jenis pengeluaran yang dibenarkan pada ruangan bawah.
Pengeluaran Wang KWSP Untuk Pendidikan
Pihak KWSP turut memberikan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda yang ingin melanjutkan pengajian di IPT sekiranya pinjaman PTPTN tidak mencukupi.
Kemudahan ini diberikan adalah bagi tujuan meringankan beban ahli kerana tidak perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak Universiti – KWSP Pendidikan
Pengeluaran Wang KWSP Untuk Ibadah Haji
Bagi tujuan mengurangkan bebanan ahli yang ingin menunaikan ibadah Haji, wang daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan cara membuat permohonan pengeluaran KWSP i-akaun untuk tujuan pembelanjaan kos haji dan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji – KWSP Haji
Pengeluaran Wang KWSP Untuk Perubatan
Sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan dan melibatkan 36 jenis penyakit kritikal, anda secara automatik boleh membuat pengeluaran pada akaun 2 bagi tujuan menampung kos rawatan perubatan dan pembelian alat kesihatan – KWSP Perubatan
Info Lanjut
Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis pakej bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk mereka yang memerlukan. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berklayakan untuk anda mohon, sila ke Halaman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI