KWSPPengeluaran KhasPengeluaran PenuhPengeluaran sebahagian

Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Tahun Ini

Pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada tahun ini kepada pencarum / ahli KWSP untuk tujuan peribadi tersedia selagi menepati syarat pengeluaran. Untuk makluman, terdapat beberapa jenis pengeluaran KWSP yang diluluskan sebelum mencapai umur 55 tahun atau telah berpencen.

PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

Seperti sedia maklum pada tahun 2023 pihak kerajaan telah umumkan bahawa tiada pengeluaran khas KWSP secara bersasar. Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insiatif bantuan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan.

Walaupun tidak diluluskan KWSP bersasar, tetapi pihak kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan kemudahan pengeluaran kepada pencarum yang memerlukan wang. Senarai jenis pengeluaran yang dibenarkan pada waktu ini melalui akaun 1 dan akaun 2 seperti dibawah.

PENGELUARAN UNTUK BELI RUMAH

Kepada ahli KWSP yang ingin membeli rumah khususnya kediaman pertama, anda boleh membuat pengeluaran melalui akaun 2 untuk tujuan pembiayaan pembelian rumah. Sama ada perumahan dari pihak pemaju, individu atau unit lelongan.

PENDIDIKAN

Untuk ahli KWSP juga boleh membuat pengeluaran untuk tujuan membiayai pendidikan sendiri atau anak melalui akaun 2 untuk pengajian di institusi IPT dalam negara.

PENGELUARAN UMUR 50 TAHUN

Kemudahan pengeluaran sebahagian atau sepenuhnya dibenarkan melalui akaun 2 setelah mencapai umur 50 tahun sebagai persediaan hari persaraan kelak.

IBADAH HAJI

Kepada ahli yang beragama islam dan sedang bercadang untuk mengerjakan ibadah haji, anda boleh menggunakan simpanan dalam akaun 2. Pengeluaran ini disediakan bagi membantu golongan ingin menunaikan ibadah haji

HILANG UPAYA

Kemudahan pengeluaran hilang upaya ini membolehkan pencarum KWSP membuat pengeluaran simpanan KWSP sepenuhnya. Sekiranya keadaan fizikal serta mental yang menjejaskan sehingga menghalang untuk bekerja. Kepada pencarum yang layak akan menerima RM5,000 sebagai bantuan hilang upaya.

MENINGGAL DUNIA

Sekiranya berlaku musibah ahl meninggal dunia, pengeluaran KWSP boleh dilakukan oleh pewaris sebagai jaminan kepada orang yang tersayang.

SYARAT & PANDUAN PERMOHONAN

Kepada pencarum yang ingin semak syarat kelayakan dan cara permohoan, sila layari portal rasmi KWSP –DI SINI kemudahan pengeluaran KWSP melalui akaun 1 dan 2 ini dibuka sepanjang tahun ini untuk ahli yang memerlukan.

INFO LANJUT

Pada tahun 2023 selain daripada pengeluaran KWSP yang dibenarkan, terdapat pelbagai insiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button