BANTUANSTRSTR 2025SumbanganTunaiRahmah

Bila Bayaran STR Dikreditkan? Semak Jadual Rasmi Bantuan

Bila bayaran STR Dikreditkan? Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah adalah inisiatif yang dilaksanakan di bawah belanjawan 2025. Program ini bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan, dan pelaksanaan pembayaran ini dilakukan secara berperingkat sepanjang tahun ini.

Dengan pelan ini, kerajaan berharap dapat meringankan beban kewangan golongan yang terkesan.

BILA BAYARAN STR DIKREDITKAN?

Bagi mereka yang ingin mengetahui bila bayaran STR dikreditkan, maklumat terperinci akan disediakan melalui saluran rasmi kerajaan. Penting untuk memahami bahawa pembayaran sumbangan ini akan dibuat secara berperingkat.

Oleh itu, penerima digalakkan untuk selalu merujuk kepada sumber maklumat yang sah untuk meninjau tarikh dan proses pembayaran yang telah ditetapkan. Bagi mereka yang terlepas pandang, berikut adalah jadual rasmi pembayaran STR sesi 2025 mengikut fasa ;

  • Bermula 29 Januari 2025 : Pembayaran fasa 1 STR
  • Bermula 9 April 2025 : Pembayaran fasa 2 STR
  • Bermula Ogos 2025 (tarikh belum diumumkan) : Pembayaran fasa 3 STR
  • Bermula November 2025 (tarikh belum diumumkan) : Pembayaran fasa 4 STR.

Sehingga Julai ini, pembayaran STR fasa 1 dan fasa 2 telahpun selesai disalurkan kepada rakyat Malaysia. Baki bayaran STR hanya tinggal fasa 3 dan fasa 4, setiap individu boleh kemaskini maklumat sekiranya mempunyai sebarang perubahan.

Penerima yang layak perlu memastikan maklumat peribadi mereka, seperti nombor telefon dan alamat, adalah tepat untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tambahan mengenai cara dan bila bayaran STR akan dikreditkan, anda juga boleh menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan bantuan.

Pembayaran sumbangan ini diharap dapat membantu mewujudkan kesejahteraan ekonomi di kalangan masyarakat. Kepada yang tidak tahu, pembayaran STR pada tahun ini dikreditkan pada kadar berbeza mengikut kategori seperti di bawah ;

  • Kategori keluarga : Sehingga RM2500 setahun (jumlah ditentukan mengikut gaji dan bilangan tanggungan)
  • Kategori warga emas : RM900 setahun
  • Kategori bujang : RM600 setahun.

Jumlah bayaran keseluruhan diatas akan dikreditkan secara berperingkat melalui 4 fasa pembayaran sepanjang 2025. Untuk semak status pembayaran anda setiap fasa, sila layari laman web rasmi MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

BANTUAN-BANTUAN LAIN

Selain STR, terdapat lebih banyak lagi program bantuan disediakan pada tahun ini oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada penduduk. Sila lihat Senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan.

Related Articles

Back to top button