FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

Pengeluaran KWSP Sehingga RM50000 : Melalui FSA2 Fasa 1

Pengeluaran KWSP Sehingga RM50000 dibenarkan melalui skim FSA2 fasa pertama yang dibuka sebelum tarikh tutup permohonan diumumkan. Untuk makluman umum, pihak KWSP telah menyediakan pelbagai kemudahan pengeluaran bagi memberi manfaat kepada ahli.

PENGELUARAN KWSP SEHINGGA RM50000

Tahukah kalian, bermula April tahun lalu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melaksanakan sebuah skim kemudahan pengeluaran. Setiap ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon pengeluaran wang melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 selagi permohonan dibuka.

Skim FSA2 ini merupakan pengeluaran khas bersyarat yang ditawarkan kepada pencarum KWSP yang memerlukan dan berkelayakan. Pihak KWSP telah memaklumkan bahawa skim pengeluaran khas FSA2 ini akan dilancarkan secara 2 fasa yang melibatkan kadar pengeluaran dan kriteria kelayakan yang berbeza.

Melalui skim FSA2 KWSP ini, ahli boleh membuat permohonan awal bersyarat 50 tahun atau 55 tahun. Dengan adanya kemudahan istimewa ini diadakan adalah bagi membantu para pencarum mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP RM50000

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi permohonan pengeluaran khas FSA2 KWSP seperti di bawah :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia berumur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa 1)
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan pihak bank
  • Minimum baki simpanan dalam akaun 2 serendah RM3000
  • Pengeluaran khas bersyarat maksimum RM50000.

KADAR PENGELUARAN KWSP MELALUI FSA2 (FASA 1)

KWSP telah menetapkan kadar minima pengeluaran FSA2 KWSP yang dibenarkan adalah serendah RM3000. Manakala maksimum pengeluaran yang boleh dilakukan adalah sehingga RM50000 secara one-off.

Bagi skim pengeluaran FSA2 fasa pertama, institusi perbankan yang terlibat adalah BSN, MBSB, Maybank dan CIMB bank.

BUTIRAN LENGKAP PENGELUARAN FSA2 KWSP

Bagi pengetahuan umum, permohonan FSA2 KWSP Fasa 1 akan ditutup pada bulan April ini dan skim FSA2 KWSP fasa kedua akan diumumkan tidak lama lagi. Untuk semakan butiran lengkap skim kemudahan ini, sila layari laman portal rasmi – FSA2 KWSP

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button