BANTUANKWSP

Kebenaran Pengeluaran Demi Kelangsungan Hidup Melalui Akta KWSP

Baru-baru ini menerusi kenyataan yang di buat oleh Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah mengatakan bahawa kebenaran kepada rakyat untuk membuat pengeluaran dalam meneruskan kelangsungan hidup harian lebih-lebih lagi kepada rakyat yang terkesan dengan pendemik covid-19 dan banjir baru-baru ini. Beliau berkata pengeluaran boleh di buat melalui akta KWSP di bawah seksyen 54.

Dalam sidang tersebut juga, beliau berkata ramai masyakat yang terkesan dengan pendemik covid-19 baru-baru ini seperti di berhentikan kerja, tidak dapat membayar sewa kenderaan bulanan, tidak dapat membayar sewa rumah bulanan sehingga ada yang dihalau dan kenderaan ditarik pihak bank.

Tambahan lagi, mereka termasuk dalam golongan 6.85 juta pencarum yang mempunyai wang simpanan dalam platform KWSP melebihi jumlah RM 10,000 malahan ada pencarum yang mempunyai wang simpanan ratusan ribu di dalam KWSP.

Pengeluaran ini perlu kerana bagi mengelakkan berlaku darurat besar yang bakal di hadapi oleh rakyat Malaysia dengan mengambil langkah tindakan kecil dengan cara membenarkan pengeluaran untuk kali terakhir wang simpanan KWSP simpanan hari tua demi kelangsungan hidup harian dan dapat meringankan beban rakyat dalam norma baru ini.

Diharapkan pihak KWSP dapat mengumumkan satu berita yang dapat menggembirakan kepada para pencarum simpanan dalam KWSP.

Nota : Pihak kami akan sentiasa kemaskini maklumat tentang berkenaan Pengeluaran KWSP dari semasa ke semasa melalui kenyataan rasmi yang diumumkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button