BANTUANMyKasihSARASTR Tambahan

MyKasih 2023 : Bantuan Khas RM600 Telah Mula Dikreditkan Kepada Penerima STR

MyKasih 2023 : Untuk makluman, pihak kerajaan telah mula mengagihkan bantuan khas berjumlah RM600 kepada penerima STR yang layak. Pemberian Sumbangan Asas Rahmah atau lebih dikenali sebagai bantuan SARa telah mula dikreditkan pada 17 Julai 2023.

MYKASIH 2023 : SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Berita gembira untuk golongan yang kurang berkemampuan, seramai lebih dari 210,000 individu yang menerima bantuan STR akan menerima bantuan SARa bernilai RM600. 

Kriteria kelayakan bagi mendapatkan manfaat bantuan khas Sumbangan Asas Rahmah adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima STR
  • Berstatus miskin tegar melalui data ekasih

Kepada penerima sedia ada STR, anda boleh membuat semakan status untuk mengetahui sekiranya anda layak ataupun tidak menerima inisiatif tambahan ini.

JADUAL BAYARAN

Bagi pembayaran MyKasih 2023 : Sumbangan Asas Rahmah akan diberikan mengikut negeri. Berikut adalah tarikh pengagihan bantuan khas ini seperti di bawah :

  • Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Purajaya, Terengganu dan kelantan : Bermula 17 Julai 2023
  • Perlis, Pahang, Melaka, Perak dan Johor : Bermula 31 Julai 2023
  • Sarawak, Sabah dan Labuan : Bermula 7 Ogos 2023

KAEDAH PEMBAYARAN

Untuk makluman, bantuan khas ini diberikan adalah bagi meringankan beban rakyat yang kurang bernasib baik dalam kewangan. Penerima yang layak boleh membelanjakan bantuan tersebut secara membeli barangan keperluan harian.

Kaedah pembayaran akan dijalan dalam bentuk tanpa tunai berjumlah RM100 dikreditkan secara automatik selama 6 bulan sehingga Disember 2023. Pengkreditan ke dalam MyKad dan nilai tersebut boleh dibelanjakan di mana-mana pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

Manakala bagi penerima yang berada di borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Labuan. Mereka akan menerima bayaran berjumlah RM600 sekaligus bermula 7 Ogos 2023, pengkreditan ke dalam akaun bank atau tebus tunai di BSN.

SEMAKAN STATUS

Kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif khas ini. Sila layari laman rasmi MyKasih 2023 –DI SINI

Jika maklumat anda dipaparkan, anda layak menerima bantuan khas SARa RM600 ini.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan pada tahun ini telah menawarkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK SINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button