BANTUANKanak-kanak

Bantuan Ibu Bapa B40 : Panduan Cara Memohon Subsidi Sebanyak RM 50 Setiap Bulan

Untuk pengetahuan umum, dalam usaha dari pihak berwajib membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan telah diperkenalkan melalui macam-macam agensi Kerajaan Pusat, Negeri dan Persekututan.

Skim TUNAS

Ramai yang terlepas pandang, adanya satu bantuan kepada golongan penjaga iaitu Skim Bantuan Tadika Selangor atau lebih dikenali sebagai TUNAS yang mensasarkan membantu meringankan beban pada ibu bapa untuk membayar yuran tadika anak masing-masing.

Kadar Bantuan

Bagi mereka yang layak akan menerima subsidi yuran tadika sebanyak RM 50 bagi setiap bulan pada tahun 2022. Skim bantuan subsidi ini disalurkan terus kepada cawangan tadika yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Jabatan Perpaduan Negara (JPN)

Syarat Kelayakan 

Di bawah telah disediakan syarat-syarat kelayakan untuk rujukan sebelum membuat permohonan :

  • Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Anak yang lahir di Negeri Selangor dan menetap di Selangor
  • Bapa atau Ibu yang lahir di Negeri Selangor dan menetap di Negeri Selangor
  • Ibu dan bapa yang bermastautin secara sah sekurang kurangnya 5 tahun di Negeri Selangor
  • Pendapatan isi rumah sebanyak RM 3,000 dan ke bawah
  • Kepada anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja
  • Suami dan isteri yang bekerja atau tidak bekerja
Panduan Cara Membuat Permohonan

Jika anda menepati syarat yang telah ditetapkan dan berminat, permohonan bantuan skim subsidi ini boleh anda buat secara online (Atas talian) di pautan rasmi yang telah disediakan – DI SINI

Setelah anda membuat permohonan secara online, anda perlu lapirkan dokumen-dokumen yang dikehendaki seperti di bawah :

Senarai Dokumen Yang Diperlukan
  • Sediakan cetakan borang permohonan
  • Sediakan salinan My Kad Ibu / Bapa
  • Sediakan salinan Sijil lahir / My Kid anak
  • Sediakan salinan perakuan anak angkat / sijil cerai – Jika perlu
  • Sediakan salinan Penyata gaji Bapa / Ibu
  • Sediakan Surat akuan pengesahan pendapatan Ibu atau bapa jika tidak bekerja
  • Cop pengesahan tadika tempat anak belajar

Kepada pemohon yang bukan kelahiran Negeri Selangor, perlu sertakan dokumen tambahan seperti berikut :

  • Sediakan salinan Bil utiliti (Bil air / bil elektrik / ASTRO dan sebagainya)
  • Cop pengesahan bermastautin – Bagi permohonan baru sahaja

Dokumen-dokum yang diperlukan hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh anda mendaftar secara online. Dokumen perlu di hantar secara melalui e-mel di [email protected] atau secara pos ke alamat :

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)

Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,

Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7 Persiaran Kayangan,

40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

No Tel : 03 5481 8800

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan skim subsidi ini, sila layari Portal rasmi TUNAS – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini, selain skim bantuan subsidi terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi individu atau golongan yang memerlukan. Jika anda ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda memohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button