BANTUANFasa 1MySTRMySTR 2024SumbanganTunaiRahmah

MySTR : Kadar Bayaran Fasa1 Mengikut Kategori Telah Diumum

MySTR : Kadar Bayaran Fasa1 mengikut kategori kelayakan telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada sidang Belanjawan 2024. Bagi sedia maklum, perlaksanaan inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini telah diperkenalkan pada tahun 2023.

MYSTR : KADAR JUMLAH BAYARAN

Pihak kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk terus melaksanakan pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR pada tahun hadapan. Hal ini kerana dengan adanya insentif istimewa ini akan memberikan manfaat kepada mejoriti rakyat yang memerlukan.

Apa yang lebih menarik adalah kadar jumlah bayaran keseluruhan STR akan dinaikkan sehingga RM3,700 berbanding sebelum ini RM3,100. Bukan itu sahaja, insentif tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga akan diperluaskan kepada 700,000 penerima STR.

Bagi pemberian STR sesi tahun 2024, kategori yang terlibat adalah isi rumah, warga emas dan bujang yang melibatkan jumlah bantuan tunai yang berbeza. Kaedah saluran bantuan ini akan dijalankan sama seperti tahun lalu iaitu secara pengkreditan ke dalam akaun bank dan tebus tunai di BSN bagi tiada kad bank.

KADAR BAYARAN MYSTR FASA1 MENGIKUT KATEGORI

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa penberian STR 2024 akan diagihkan secara berperingkat mengikut fasa. Bagi fasa pertama (1), kadar yang akan dibayar mengikut kategori adalah seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM500
  • Bilangan anak (3-4) : RM500
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM500

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tiada anak (0) : RM100
  • Bilangan anak (1-2) : RM150
  • Bilangan anak (3-4) : RM250
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM300

KATEGORI WARGA EMAS (60 TAHUN KEATAS)

  • RM150

BUJANG & BUJANG OKU (69 TAHUN KEBAWAH)

  • RM100

Info : Tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama telah dimaklumkan. Pemberian akan mula disalurkan pada bulan Februari 2024 sebelum menyambut bulan ramadan.

SEMAKAN STATUS BAYARAN & KEMASKINI MYSTR

Bermula November lalu, setiap individu boleh membuat pengemaskini maklumat terkini untuk mendapatkan jumlah bantuan tunai STR yang bersesuaian. Kepada bukan penerima STR tahun 2023, anda juga boleh kemukakan permohonan baharu bagi tahun 2024.

Untuk kemaskini maklumat terkini atau daftar baharu permohonan, sila layari laman rasmi bantuan tunai MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button