BANTUANKategori PenerimaSARASumbangan Asas Rahmah

Bantuan SARA : Kategori Penerima RM300 & RM600 Mula Dibayar

Bantuan SARA : Kategori Penerima bayaran RM300 dan RM600 telahpun mula dibayar secara berperingkat pada 19 Februari 2024. Untuk makluman, inisiatif khas berbentuk bantuan ini merupakan sebahagian dari Belanjawan tahun ini.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN SARA (RM300 & RM600)

Seperti sedia maklum, pemberian bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini diberikan kepada penerima STR. Insentif khas ini merupakan bantuan bagi meringankan beban rakyat Malaysia terumata berada dalam golongan terjejas.

Kerajaan juga telah bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan dan memperluaskan kepada 700,000 penerima STR pada tahun ini. Kaedah bayaran bantuan SARA ini diagihkan berbeza mengikut kawasan.

Kategori penerima bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM300 dan RM600 adalah bujang dan isi rumah bagi kawasan negeri Sabah dan Sarawak. Pembayaran secara pengkreditan ke dalam akaun atau tebus tunai di Bank Simpanan Nasional.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SARA MENGIKUT KATEGORI

Bagi kawasan negeri di semenanjung, bantuan ini disalurkan ke dalam mykad secara berperingkat dari bulan Januari sehingga Disember 2024. Manakala untuk penerima yang berada di negeri Sabah dan Sarawak, mereka akan menerima bayaran sebanyak dua kali iaitu pada bulan Februari dan Ogos 2024.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA 2024

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi program bantuan tambahan SARA seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Layak/ lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori bujang, isi rumah dan warga emas
  • Berstatus miskin atau miskin tegar – Tersenarai dalam data eKasih ICU.

SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA 2024

Jika anda merupakan penerima sedia ada STR pada tahun ini, semakan status kelayakan SARA boleh dilakukan secara online. Untuk semakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – MyKasih SARA (2024)

Bagi bayaran SARA untuk kategori isi rumah dan bujang yang bukan berstatus miskin/ miskin tegar akan dimaklumkan kelak. Segala maklumat terkini berkenaan SARA akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan umum.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button