BakulBANTUANJKM

Bantuan Barang Makanan RM 300 Melalui MyKasih

Ramai yang tidak tahu mengenai bantuan prihatin Kasih, iaitu merupakan sebuah inisiatif cashless yang menggunakan Mykad untuk membeli barangan keperluan harian rumah.

Pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak kira-kira 100 juta melalui Bantuan Cashless yang disalurkan kepada hampir 300,000 golongan isi rumah miskin seluruh negara.

Untuk makluman, kepada penerima yang layak menerima bantuan ini akan terima elaun sebanyak RM 100 selama 3 bulan. Bantuan tersebut akan diberikan secara kredit ke dalam akaun Mykad penerima dan ianya bboleh digunakan untuk tujuan membeli barangan keperluan harian.

Butiran MyKasih JKM

Program atau Organisasi ini merupakan badan NGO tempatan yang ditubuhkan oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean pada tahun 2009 dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin. Yayasan MyKasih ini disokong penuh oleh Penderma Korporat serta individu, yang meyakini bahawa seratus peratus sumbangan mereka disalurkan kepada penerima yang disasarkan dengan cara yang selamat, cekap dan telus.

Cara Daftar Permohonan

Penerima bantuan ini akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih. Untuk yang belum mendaftar e-Kasih, sila rujuk laman web di pautan berikut – DI SINI

Semakan Secara Online

  1. Sila layari portal semakan MyKasih – DI SINI
  2. Di bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

Bagaimanakah Ia Dilaksanakan

Kepada setiap keluarga akan memilih seorang penerima bantuan ini dalam kalangan ahli keluarga, dan butiran akaun MyKad mereka akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.

Penerima bantuan makanan akan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad mereka di kedai runcit yang terpilih dalam program ini. Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi Talian Hotline MyKasih 03-77201800 atau e-mel ke [email protected]

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button