BANTUANBKKJKMKanak-kanak

BKK : Bantuan Sehingga RM1000 Sebulan Dibuka Tahun 2024

BKK : Bantuan Sehingga RM1000 sebulan kini dibuka kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan pada tahun 2024. Untuk makluman, inisiatif khas ini merupakan salah satu bantuan yang ditawarkan kepada rakyat pada tahun ini.

BKK : PROGRAM BANTUAN SEHINGGA RM1000 SEBULAN

Tahukah kalian, program bantuan kanak kanak atau (BKK) ini adalah sebuah insentif bantuan kewangan dibawah Belanjawan 2024. Program istimewa ini disediakan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kabajikan Masyarakat.

Bantuan BKK ini ditawarkan kepada keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu tanggungan anak/ kanak-kanak yang kehilangan penjaga. Dengan adanya bantuan tambahan secara bulanan seperti ini dapat membantu meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan tumbersaran dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat usia.

KADAR BANTUAN BKK 2024

Bagi makluman umum, kadar bagi BKK tahun ini ialah serendah RM150 seorang dan maksimum sehingga RM1000 bagi satu keluarga. Kepada pemohon yang lulus, mereka akan menerima insentif ini setiap bulan mengikut pecahan bayaran seperti dibawah :

  • RM200 : Anak berumur 6 tahun dan kebawah
  • RM150 : Anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
  • RM1000 : Kadar maksimum untuk sebuah keluarga.

SYARAT KELAYAKAN ASAS BANTUAN BKK RM1000

Pihak JKM telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi program bantuan kanak kanak yang perlu dipatuhi seperti berikut :

  • Dibuka untuk Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata miskin perkapita atau purata miskin isi rumah semasa
  • Penjaga atau keluarga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak
  • Kanak-kanak berusia 18 tahun dan kebawah
  • Remaja yang berumur 18 tahun keatas layak dipertimbangkan sekiranya bersekolah sehingga tamat menengah atas.

LANGKAH DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BKK

Jika kalian berkelayakan dan memerlukan, permohonan bantuan khas BKK ini boleh dilakukan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BKK 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button