BANTUANSARASTR Tambahan

Bantuan SARA RM600 : Semak Kategori Penerima

Bantuan SARA RM600 adalah merupakan inisiatif tambahan yang ditawarkan kepada golongan yang berkelayakan memerlukan pada tahun ini. Pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan tambahan ini kepada mereka yang layak.

BANTUAN SARA RM600

Program bantuan tambahan ini dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau lebih dikenali sebagai STR tambahan. Kadar yang diberikan adalah bernilai RM600 dan akan diberikan secara 6 fasa bermula Julai sehingga Disember 2023.

Kepada penerima sedia ada bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berada dalam kategori isi rumah miskin tegar layak menerima insentif khas ini. Bantuan SARA RM600 ini bukanlah dalam bentuk tunai, ia diberikan secara dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas.

KAEDAH PENGGUNAAN BANTUAN SARA 

Kepada mereka yang layak, bantuan ini akan diagihkan secara melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan masing-masing. Bantuan ini boleh digunakan dengan cara pembelian barangan makanan asas di pasaraya berdaftar terpilih.

Untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak menerima manfaat daripada bantuan SARA RM600. Semakan secara online boleh dilakukan, sila layari – Semakan Status Daftar eKasih

Semakan boleh dibuat dengan menggunakan no kad pengenalan, sekiranya layak maklumat anda akan dipaparkan pada skrin. Bantuan SARA akan dikreditkan ke kad pengenalan anda secara automatik setiap bulan RM100 sehingga Disember.

STR FASA KETIGA DIKREDITKAN BULAN INI

Kepada yang terlepas padang, baru-baru ini Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa pembayaran bantuan tunai fasa 3 akan dipercepatkan. Jadual asal adalah pada bulan Julai, namun diawalkan pada bulan ini bagi membantu rakyat untuk menyambut raya aidiladha.

Kadar yang akan disalurkan adalah sehingga RM1,300, jumlah telah ditetapkan oleh kerajaan mengikut kategori kelayakan. Penerima sumbangan tunai rahmah boleh membuat semakan melalui portal rasmi MySTR.

MAKLUMAT LANJUT

Selain bantuan SARA RM600 dan STR fasa 3, terdapat pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewanga yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat.

Bagi yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK SINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button