BANTUANFasa 4MySTR

MySTR Fasa Keempat : Akan Diberikan Lebih Awal Kepada Rakyat

MySTR Fasa Keempat akan diberikan lebih awal kepada rakyat yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah. Seperti sedia maklum, STR adalah merupakan salah satu inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah diperkenalkan pada tahun 2023.

SEMAKAN MYSTR FASA KEEMPAT

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pemberian Sumbangan Tunai Rahmah fasa keempat akan dikreditkan pada suku ke 4 tahun ini. Bagi bayaran kali ini adalah merupakan fasa terakhir yang akan dibayar kepada rakyat yang terlibat.

Pemberian fasa 4 STR akan melibatkan 2 kategori utama telah telah menerima bayaran sehingga fasa 3 jun lalu. Kategori isi rumah B40 dan M40 serta warga emas akan menerima bayaran fasa terakhir nanti.

Bagi kategori bujang yang telah terima bayaran sehingga fasa ketiga tidak akan terlibat dalam pembayaran fasa keempat. Jadual pembayaran bakal diberikan diantara bulan Oktober, November atau Disember 2023.

KADAR BAYARAN MYSTR FASA KEEMPAT

Kadar pemberian fasa 4 STR adalah sehingga RM1,200 dan jumlah yang diterima adalah bergantung kategori dan bilangan tanggungan anak. Di bawah dikongsikan maklumat berkenaan kadar bayaran yang akan diterima mengikut kategori kelayakan.

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)

Bagi kategori ini, untuk tiada anak (RM200), Mempunyai tanggungan anak seramai 1-2 (RM600), Mempunyai tanggungan anak 3-4 (RM900) dan mempunyai anak 5 ke atas (RM1,200).

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

Bagi kategori ini, tiada anak (RM0), Mempunyai anak 1-2 (RM0), Mempunyai anak 3-4 (RM300) dan mempunyai anak 5 ke atas (RM500).

KATEGORI WARGA EMAS

Untuk kategori warga emas berumur 60 tahun keatas akan menerima bayaran berjumlah RM200 setiap seorang.

SEMAKAN STATUS MYSTR

Kepada rakyat Malaysia yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, kalian boleh membuat semakan status bayaran secara online. Untuk semakan status, sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

Info : Kaedah pengagihan bantuan tunai STR dijalankan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di cawangan BSN bagi tidak kad bank.

MAKLUMAT LANJUT

Selain MySTR, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang telah ditawarkan kerajaan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button