Bantuan kewangan asasi adalah merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Sepanjang tahun ini terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah disediakan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutama kepada golongan sasar miskin tegar dan b40.
BANTUAN KEWANGAN ASASI
Untuk sedia maklum, bantuan kewangan asasi ini diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program bantuan ini diperkenalkan bagi membantu golongan pelajar yang dari keluarga kurang berkemampuan dan sederhana.
Program bantuan asasi RM3,920 setahun ini akan diberikan kepada individu / pelajar yang berkelayakan dari golongan b40 dan m40 supaya dapat membantu sedikit sebanyak kos yuran dan pembelanjaan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi untuk menjamin masa depan mereka.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Berikut telah disediakan syarat kelayakan bantuan kewangan asasi yang telah ditetapkan seperti dibawah :
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
- Pendapatan keluarga dari golongan b40 dan m40
- Program pembiayaan bantuan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti awam
- pelajar yang sudah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus peringkat SPM atau sijil yang setaraf
- Mempunyai kursus pengajian yang diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi KPM.
KADAR BANTUAN ASASI
Untuk makluman, program pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk mereka yang mengikuti program bertarat asasi di mana-mana Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari golongan m40 dan b40 pada tahun ini.
Kadar bantuan yang akan diterima kepada pelajar yang layak adalah sebanyak RM3,920 setahun (Sepanjang tempoh pengajian). Namun jumlah bantuan akan diberikan secara pecahan seperti dibawah.
- RM2,500 setahun – Elaun wang saku
- RM1,420 – Yuran pengajian dan penginapan
- Bagi pemohon dari negeri sabah, sarawak dan labuan akan menerima tambang penerbangan percuma (1 tiket pergi dan balik)
PANDUAN PERMOHONAN
Jika anda atau mempunyai anak yang berkelayakan, permohonan bantuan kewangan asasi boleh dibuat secara atas talian. Pemohon disarankan menyediakan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan dan lain-lain semasa permohonan.
Untuk semakan lebih terperinci bantuan khas ini, sila layari portal rasmi KPM –DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Selain daripada bantuan khas untuk pelajar ini, terdapat lebih banyak bantuan berbentuk tunai untuk semua lapisan golongan yang telah disediakan pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI untuk rujukan.