Akaun 3KWSPPengeluaran KWSP

Pengeluaran KWSP Akaun-3 (Fleksibel) : Maklumat Terkini

Pengeluaran KWSP Akaun-3 adalah merupakan kemudahan yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi bagi memberi manfaat kepada ahli. Seperti sedia maklum, inisiatif kemudahan akaun ketiga ini merupakan sebuah program terbaru KWSP.

PENGELUARAN KWSP AKAUN-3 (FLEKSIBEL)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bakal melaksanakan satu lagi akaun dimana pencarum boleh membuat pilihan pengeluaran secara fleksibel. Pengenalan akaun 3 yang dicadangkan ini membolehkan ahli KWSP membuat pengeluaran wang pada bila-bila masa.

Untuk makluman, pihak KWSP telah mengstrukturkan semula akaun 1 sebagai persaraan, akaun 2 sebagai sejahtera dan akaun 3 (fleksibel). Kemudahan akaun ini akan memberi manfaat kepada ahli berumur 55 tahun yang akan dilancarkan bermula 11 Mei 2024.

Wang dari akaun 3 boleh dikeluarkan pada bila-bila masa terutama untuk tujuan kecemasan serendah RM50 dan boleh disalurkan semula ke dalam akaun 1 dan akaun 2. Dengan adanya akaun 3 ini dapat memberi ahli membuat pilihan caruman simpanan kewangan mereka.

KADAR PERATUS PENGELUARAN AKAUN-3 KWSP

Untuk pemahaman lebih jelas, setelah akaun 3 / fleksibel ini dilaksanakan, akaun setiap pencarum KWSP akan dibahagikan pecahan peratusan seperti berikut :

  • Akaun 1 KWSP : 75 peratus
  • Akaun 2 KWSP : 15 peratus
  • Akaun 3 KWSP : 10 peratus

Kepada ahli yang ingin membuat pilihan pengeluran melalui akaun 3, kadar yang dibenarkan adalah bergantung kepada simpanan masing-masing berdasarkan peratus yang ditetapkan.

Setiap pencarum KWSP diberi masa bermula 11 Mei sehingga 31 Ogos 2024 bagi fasa pengumpulan untuk pilih jumlah permulaan dalam akaun 3. Ahli boleh membuat pidahan dana daripada akaun 2 ke dalam akaun 3 KWSP.

Tujuan utama perlaksanaan akaun fleksibel ini adalah bagi membantu para ahli KWSP menangani keperluan kewangan pada waktu kecemasan. Perkara ini boleh menjejaskan kesejahteraan hidup semasa persaraan jika tidak dipenuhi.

SEMAKAN SENARAI PENGELUARAN KWSP 2024

Tahukah kalian, KWSP telah menyediakan pelbagai kemudahan pengeluaran khusus untuk para ahli bagi tahun ini. Untuk semakan butiran lengkap dan maklumat terkini, sila layari laman rasmi – KWSP 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button