i-CitraKWSP

Kemudahan Pengeluaran Wang KWSP Sebelum Menjelang Bulan Puasa

Sejak kebelakangan ini, isu berkenaan tentang pengeluaran wang KWSP sedang hangat diperkatakan. Ramai para pencarum / rakyat yang ingin supaya pengeluaran wanga KWSP dapat dilaksanakan supaya dapat membantu menampung pembelanjaan kos sara hidup akibat terjejas pendemik Covid-19.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpandangan ini adalah masa paling sesuai dan tepat untuk pihak Kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP adlah selepas pembayaran dividen tahun 2021 dan sebelum menjelang bulan Ramadan.

Menurut beliau turut mencadangkan 4 langkah wajar perlu dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan bagi memulihkan semula baki simpanan KWSP yang rendah bagi mereka yang terjejas akibat pendemik Covid 19, katanya menerusi hantaran di Platform Facebook pada ahad lalu.

Pengeluaran i-Citra RM 10,000 (One-off)

Ahli perlimen Pekan itu turut mencadangkan supaya pengeluaran i-Citra sebanyak RM 10,000 dilaksanakan, penstrukturan semula kadar dividen KWSP serta kadar caruman majikan dinaikkan semula, dan memulihkansemula projek kereta api laju (HSR) dari Kuala Lumpur ke Singapura.

”Beri Projek Bandar Malaysia kepada KWSP dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Cadangan beri beberapa projek Kerajaan kepada KWSP dan syarikat milik KWSP,” Katanya.

Pada masa yang sama, beliau berharap agar supaya sokongan diberikan oleh ahli politik serta parti mengenai pengeluaran berkenaan adalah berterusan bukan sekadar sokongan sementara sempena pilihan raya Negeri (PRN) pada tahun ini.

”Semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor , ramai dari pihak sebelah sana yang pernah membantah pengeluaran khas kali terakhir KWSP RM 10,000 tiba-tiba menyokong pula”

Desakan mengenai kebenaran pengeluaran khas KWSP terus dibangkitkan apabila tempoh bagi 3 skim pengeluaran membabitkan i-Citra, i-Sinar dan i-Lestari sudah berakhir.

Sumber dari Sinar Harian.

Maklumat Lanjut

Pihak kami akan kemaskini dari semas ke semasa berkenaan pengeluran wang KWSP ini. Sementara menunggu pengumuman, anda boleh semak senarai bantuan khususnya berbentuk kewangan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini. Untuk makluman, terdapat pelbagai jenis bantuan telah dilancarkan pada tahun ini.

Jika anda terlepas pandang atau ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda membuat sebarang permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button