BANTUANLesen Memandu

BLKM 2022 : Bantuan Lesen Keluarga Malaysia Bagi Keluarga B40

Pada tahun ini (2022) terdapat pelbagai inisiatif bantuan dari pihak Kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Salah satu bantuan yang telah diperkenalkan adalah bantuan BLKM. Apa itu BLKM?

Pengenalan

Menerusi Kementerian Pengangkutan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) telah perkenalkan sebuat bantuan iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BLKM 2022 yang khas lebih mensasarkan untuk golongan keluarga B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2 pada tahun ini.

Untuk makluman, BLKM adalah merupakan satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui JPJ yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagi CSR ini telah diperkenal dan dilaksanakan sejak tahun 1990 an menerusi Program JPJ bersama Rakyat sebelum ditukar nama kepada Program Satu komunti satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.

Perdana Menteri berkata, perlaksanaan BLKM dikhaskan khusu untuk golongan B40 serta kepada masyarakat orang asli yang mempunyai kesulitan bagi mengikuti kelas di institusi latihan memandu bagi tujuan mendapatkan lesen memandu kelas B2.

Syarat Kelayakan BLKM

Di bawah telah disediakan senarai syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Penerima bantuan ini akan melalui tapisan yang di lakukan oleh Pihak JPJ :

  • Pemohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
  • Tiada kecacatan fizikal
  • Sihat mental dan tubuh badan
  • Belum mempunyai sebarang lesen memandu kenderaan
  • Tiada disenarai hitam polis atau JPJ
Kadar Bayaran Lesen

Melalui Bantuan ini, kepada yang layak hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM 250 seorang dengan menghadiri kursus yang singkat.

Untuk makluman anda, bayaran ini jauh lebih murah berbanding kos sebenar yang perlu ditanggung oleh individu biasa iaitu dengan jumlah normal RM 750 setiap seorang.

Cara Permohonan ?

Sehingga hari ini, tiada lagi kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai cara membuat permohonan bantuan BLKM ini. Jangan risau, sebarang info berkenaan BLKM ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Bagi makluman, Setakat ini pemilihan calon yang layak bantuan BLKM ini terdiri dari senarai penerima e-Kasih.

Jika anda menpunyai pertanyaan atau mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan ini, anda boleh menghubungi di talian seperti di bawah :

  • E-mel – [email protected]
  • No Tel – 03 8000 8000
  • Facebook – Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
  • Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Maklumat Lanjut

Sementara menunggu kenyataan rasmi berkenaan bantuan ini, anda boleh semak senarai bantuan yang telah dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun ini. Terdapat pelbagai bantuan telah diperkenalkan pada tahun 2022 khususnya berbentuk kewangan. Jika anda terlepas pandang atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat sebarang permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button