BANTUANePengeluaranKWSP

Panduan Lengkap EPengeluaran KWSP Secara Online

Panduan lengkap ePengeluaran KWSP secara online telah disediakan kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran wang pada tahun ini. Untuk sedia maklum, kemudahan epengeluaran KWSP boleh dimohon pada bila-bila masa.

KEMUDAHAN EPENGELUARAN KWSP

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pengeluaran khas 2.0 dan bersasar tidak dapat diluluskan atas sebab-sebab tertentu. Namun terdapat beberapa jenis kemudahan pengeluaran yang dibenarkan kepada pencarum selagi menepati syarat kelayakan.

Kemudahan epengeluaran KWSP ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan, antara jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada tahun ini adalah seperti berikut :

MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang beragama islam dan ingin menunaikan ibadah haji. Mereka dibenarkan membuat pengeluaran dari akaun 2 KWSP untuk tujuan menampung kos tambahan bagi menunaikan ibadah haji.

MEMBELI RUMAH SENDIRI

Kepada pencarum / ahli KWSP yang ingin membeli rumah sendiri, mereka juga dibenarkan untuk membuat pengeluaran dari simpanan. Kemudahan pengeluaran ini dibuka kepada ahli yang ingin membeli rumah yang jenis seperti berikut :

  • Apartmen
  • Studio
  • Banglo
  • Teres
  • Berkembar
  • Rumah kedai
  • Town House
  • Rumah kedai

RAWATAN PERUBATAN

Kemudahan ini amat penting kepada ahli, jika mereka mempunyai / menghidapi penyakit kronik. Pengeluaran bagi pembiayaan kos rawatan atau pembelian alat perubatan dibenarkan.

SYARAT KELAYAKAN EPENGELUARAN

Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan epengeluaran KWSP adalah seperti di bawah :

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  2. Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
  3. Menepati syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  4. Kepada yang lulus, bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank semasa / simpanan ahli atau rakan strategik KWSP

PANDUAN LENGKAP EPENGELUARAN KWSP

Kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran sebahagian atau penuh, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana jua secara online. Panduan lengkap epengeluaran KWSP telah disediakan, sila layari laman rasmi ePengeluaran KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menawarkan pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat pada tahun ini. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button