BANTUANBINGKASe-Dompet

Bantuan e-Dompet RM300 : Panduan Cara Daftar Permohonan

Bantuan e-Dompet RM300 sebulan : Panduan cara daftar permohonan dan syarat kelayakan telah disediakan pada halaman ini. Untuk pengetahuan umum, inisiatif berbentuk bantuan ewallet ini merupakan sebahagian insentif bulanan yang disediakan pada tahun ini.

PROGRAM BANTUAN E-DOMPET RM300

Pelbagai inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan bagi membantu rakyat terutama berada dalam kategori memerlukan bagi meringankan beban kewangan. Salah satu insentif yang boleh dimohon pada tahun ini adalah bantuan e-dompet khas.

Program bantuan kehidupan sejahtera Bingkas telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri pada tahun sebelum ini. Atas keprihatinan kerajaan, perlaksanaan pemberian sumbangan khas ini masih diteruskan bagi sesi tahun 2024.

Berdasarkan pelancaran tahun lalu, sekitar 30 ribu buah keluarga dapat gunakan manfaat yang disediakan secara percuma ini. Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima insentif bernilai RM300 sebulan bersamaan RM3600 setahun.

Untuk makluman, program khas Bingkas ini tidak dibayar secara tunai, ianya disalurkan dalam bentuk kredit e-dompet pada kadar yang ditetapkan (RM300) sebulan. Amaun tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-DOMPET RM300

Kerajaan telah menetapkan beberapa syarat kelayakan asas bagi mohon program khas bantuan kehidupan sejahtera bingkas RM300 sebulan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3000 sebulan
  3. Keutamaan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
  4. Lahir di negeri Selangor atau menetap melebihi 10 tahun di Selangor
  5. Pemilih berdaftar.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN

Jika kalian berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini secara online. Panduan lengkap cara daftar telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera (Bingkas)

Pemohon juga boleh kemukakan permohonan melalui aplikasi SELANGKAH yang boleh dimuat turun di appstore telefon pintar. Setiap pemohon disarankan sediakan dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan urusan semakan permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button