BANTUANBIB

Pemberian Insentif BIB RM 450 Untuk Keluarga Malaysia

Untuk makluman umum, pelbagai bantuan khususnya berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu golongan yang memerlukan. Bantuan berbentuk tunai amat penting kepada sesetengah keluarga Malaysia kerana dapat membantu meringankan beban da pembelanjaan pada tahun ini.

Terdapat pakej insentif yang baru diperkenalkan iaitu Bantuan BIB yang mengikut statistik data masih ramai yang terlepas pandang berkenaan bantuan BIB ini.

Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

Program Bantuan Ibu Bersalin atau lebih dikenali sebagai BIB adalah merupakan bantuan kepada para ibu yang bersalin sebanyak RM 450 untuk tahun ini. Jika anda berkelayakan atau mempunyai saudara mara atau kenalan yang layak boleh membuat permohonan bantuan BIB ini.

Syarat Kelayakan BIB

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  • Individu / ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus K atau isteri kepada pemegang kad pengenalan negeri Sarawak
  • Melahirkan bayi dalam atau luar negeri Sarawak boleh memohon
  • Usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan keatas

Panduan Memohon Bantuan BIB

Jika anda menepati syarat kelayakan, anda boleh membuat permohonan melalui 2 kaedah iaitu sekarang online atau manual. Panduan telah disediakan seperti berikut :

Permohonan Manual : Anda boleh buat permohonan di mana-mana cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian, cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak atau Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak KPWK.

Permohonan Online : Anda boleh membuat permohonan secara atas talian melalui aplikasi iSarawakCare yang boleh dimuat turun di playstore atau appstore. Sila ikuti arahan yang telah ditetapkan di ruangan halaman aplikasi tersebut.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan BIB RM 450 ini, sila layari laman rasmi iSarawakCare – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat perbagai jenis bantuan berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan bagi membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan khususnya kepada golongan B40. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button