BANTUANPERKESOSIP GIG

Bantuan Kewangan RM 800 Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2022

Tahun 2022, terdapat pelbagai bantuan khususnya berbentuk kewangan telah diperkenalkan dan dilancarkan oleh Kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia pada tahun ini.

Untuk makluman anda, sekiranya anda sedang menganggur atau diberhentikan kerja, anda disarankan memohon masuk program SIP GIG PERKESO. Bantuan berbentuk kewangan ini telah dibuka bermula pada tanggal 17 Januari 2022.

Pengenalan SIP GIG PERKESO

Kepada yang terlepas pandang, Program SIP GIG PERKESO ini adalah salah satu Insentif berbentuk kewangan yang lebih memberi fokus kepada individu yang telah diberikan notis tanpa gaji, penganggur melebihi 2 bulan (60 hari) , diberhentikan kerja, individu yang sedang mencari pekerjaan dari golongan yang terjejas dan individu suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada setengah tahun (6 bulan) yang terlibat dalam jenis pekerjaan yang tidak terikat dengan masa bekerja menggunakan platform digital berdaftar melalui PERKESO.

Melalui Program SIP GIG PERKESO, anda akan menerima insentif berbentuk kewangan berjumlah sebanyak RM 600 hingga RM 800 sebulan bagi tempoh maksimum selama 6 bulan bagi pekerja GIG yang baru di dalam Bajet 2022.

Senarai Bantuan Tahun 2022

Jika anda terlepasa pandang, pada tahun ini terdapat belbagai bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan khususnya berbentuk kewangan bagi membantu meringankan pembelanjaan kos sara hidup rakyat Malaysia pada tahun ini. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda memohon, Sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

Syarat Kelayakan 
  • Golongan / individu yang telah diberikan notis cuti tanpa sebarang gaji (minimum 30 hari)
  • Individu yang diberhentikan kerja oleh majikan
  • Graduan / Individu yang sedang menganggur lebih dari 2 bulan (60 hari)
  • Syarat kelayakan had umur program ini adalah 18 hingga 60 tahun pada tahun 2022
  • Individu Suri Rumah yang tidak bekerja melebihi daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang dari RM 2,208 sebulan
  • Individu / golongan terjejas yang sedang mencari pekerjaan seperti Golongan OKU, bekas banduan dan sebagainya
  • Semua pekerja untuk program SIP GIG PERKESO ini harus membuat pendaftaran yang telah dibuka pada 17 Januari 2022 di Platform Digital yang berdaftar melalui PERKESO
Tujuan Program SIP GIG

Tujuan utama Program ini bagi memberi peluang kepada golongan atau individu yang sedang menganggur atau yang tiada pekerjaan untuk melaksanakan pekerjaan dalam tempoh jangka masa pendek. Program ini juga bertujuan menggalakan para pencari pekerjaan dan individu yang sedang menganggur mengambil peluang merentasi pekerjaan tidak formal atau dikenali kerjaya ekonomi gig melalui Platform Digital.

Panduan Cara Permohonan 

Di bawah telah disediakan cara membuat permohonan SIP GIG PERKESO bagi tahun 2022 :

  1. Sila muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di APP STORE telefon pintar anda atau layari terus ke portal rasmi PERKESO – DI SINI
  2. Anda perlu layari platform digital yang berdaftar dibawah PERKESO sahaja
  3. Kemudian buat permohonan di aplikasi PERKESO Prihatin atau portal rasmi PERKESO yang disediakan diatas
  4. Jika permohonan anda diluluskan, log aktiviti perlu anda muat naik setiap bulan untuk menerima pembayaran insentif

Permohonan ini sedang dibuka, dan anda disarankan membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada tanggal 30 Jun 2022.

Maklumat Lanjut

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan Program SIP GIG PERKESO ini, anda boleh layari pautan rasmi PERKESO atau terus menghubungi talian perkhidmatan khas PERKESO di talian 03 8091 5300 atau 1 300 22 8000.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button