BANTUANBKMFasa 2Status PermohonanTarikh Pembayaran

Semakan Kategori Dan Kadar Bayaran Penerima BKM Fasa 2

Pada tahun 2022, sebuah inisiatif dari pihak Kerajaan iaitu Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM adalah merupakan bantuan berbentuk tunai yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Untuk sedia maklum, Pembayaran BKM 2022 mempunyai 4 Fasa. Fasa 1 sudah dilaksanakan bermula 28 Mac 2022 yang lalu, kini ramai yang menunggu pembayaran BKM Fasa 2 yang akan diberikan pada bulan Jun. Di halaman bawah telah disediakan butiran maklumat berkenaan BKM Fasa 2.

Kategori Penerima Bayaran BKM Fasa 2

Bagi pengetahuan semua, bayaran yang akan diterima pada Fasa 2 BKM adalah melibatkan semua kategori kecuali kategori Bujang. Bagi Kategori bujang hanya anda menerima bayaran pada BKM Fasa 1 (RM 200) dan Fasa 3 (RM 150). Kepada penerima BKM, anda boleh membuat semakan status permohonan anda melalui Portal Rasmi BKM – DI SINI

Tarikh Bayaran BKM Fasa 2

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 akan bermula pada bulan Jun 2022 dan akan diberikan secara berperingkat.

Kadar Bayaran BKM Fasa 2

Bayaran BKM Fasa 2 akan melibatkan kategori isi rumah dan warga emas yang akan terima bayaran sebanyak RM 100 sehingga RM 400. Bayaran yang diterima bergantung kategori kelayakan anda. Anda boleh semak status anda di laman rasmi BKM yang telah disediakan diatas.

Bayaran Tambahan BKM

  • Ibu Bapat Tunggal yang mempunyai tanggungan : RM 500
  • Warga Emas : RM 300

Jumlah Bayaran BKM Isi Rumah

Kategori Isi Rumah berpendapatan RM 2,500 dan kebawah

  • Isi rumah tiada anak : RM 1,000
  • Isi rumah mempunyai 1-2 tanggungan anak : RM 1,500
  • Isi rumah mempunyai lebih dari 3 tanggungan anak : RM 2,000

Kategori Isi Rumah berpendapatan RM 2,500 sehingga RM 5,000

  • Isi rumah tiada anak : RM 400
  • Isi rumah mempunyai tanggungan 1-2 anak : RM 600
  • Isi rumah mempunyai lebih 3 tanggungan anak : RM 800

Tarikh Permohonan Rayuan BKM

Kepada mereka yang tidak menerima BKM 2022, rayuan permohonan sedang dibuka bermula pada tarikh 2 Mei 2022 sehingga tarikh tutup pada 2 Jun 2022.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, selain BKM terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk tunai. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button