BANTUANeTunaieWallet

Pemberian Bantuan EWallet Berjumlah RM200

Pemberian bantuan ewallet berjumlah RM200 telah diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang pembentangan Belanjawan 2023. Untuk makluman, menerusi pembentangan tersebut Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim umumkan bahawa bantuan ewallet ini akan dilaksanakan pada tahun ini untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

PEMBERIAN BANTUAN EWALLET

Untuk sedia maklum, bantuan e-wallet ini telah dijenamakan semula kepada bantuan e-tunai belia rahmah. Di mana pihak kerajaan menawarkan bantuan ini kepada golongan belia yang berumur 18 hingga 20 tahun.

Tujuan utama inisiatif ini masih diteruskan pada tahun ini adalah bagi membatu golongan belia serta memupuk budaya pembelian barang secara tanpa tunai atau cashless. Apa yang lebih menarikh adalah kadar bantuan telah dinaikkan kepada RM200 berbanding tahun lalu RM150.

KELAYAKAN BANTUAN

Bantuan ini seperti tahun lalu, pemohon boleh menebus bantuan melalui melalui platform e-dagang pilihan seperti Shopee pay, grab pay, touch N go ewallet dan big pay. Kelayakan bagi mendapatkan bantuan khas ini disediakan untuk golongan belia atau bujang yang berumur 18, 19 dan 20 tahun.

Bagi yang berumur 21 tahun merupakan pelajar sepenuh masa juga boleh menebus pemberian bantuan ewallet ini.

KADAR BANTUANĀ 

Seperti yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan, kadar jumlah bantuan yag ditawarkan adalah sebanyak RM200 bagi setiap orang.

TARIKH TEBUS BANTUAN EWALLET

Untuk sedia maklum, buat masa ini hanya maklumat berkenaan bantuan ewallet sahaja yang telah dinyatakan. Tarikh rasmi perlaksanaan masih belum diumumkan, namun dijangkakan bantuan ewallet ini akan mula dilaksanakan pada pertengahaan bulan Mac ini.

Segala maklumat terbaru akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum. Selain insentif e-tunai belia rahmah ini, terdapat beberapa bantuan yang telah diperkenalkan pada sidangĀ BELANJAWAN 2023 salah satunya adalah Sumbangan tunai rahmah (STR).

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan melalui agensi dari kerajaan. Bagi mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk mendapatkannya –SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button