BANTUANBMTMusimtengkujuh

Terkini : Bantuan Kewangan BMT RM200 Dikreditkan Bulan Ini

Terkini : Bantuan Kewangan BMT fasa kedua bernilai RM200 akan dikreditkan pada bulan ini secara berperingkat kepada penerima. Untuk makluman, inisiatif khas BMT ini merupakan salah satu bantuan dibawah Belanjawan 2023.

TERKINI : BANTUAN KEWANGAN BMT

Program pemberian Bantuan Musim Tengkujuh atau lebih dikenali sebagai BMT ini telah diperkenalkan oleh kerajaan. Bagi pengetahuan umum, program BMT dikendalikan sepenuhnya oleh pihak RISDA.

Kadar bayaran penuh tahun 2023 telahpun dinaikkan kepada RM800 berbanding tahun lalu RM600, kenaikkan sebanyak RM200. Pada bulan Disember ini, bayaran bagi fasa kedua akan dikreditkan kepada rakyat Malaysia yang terlibat.

Jadual pembayaran BMT mengikut fasa adalah berperingkat pada bulan November, Disember 2023, Januari dan Februari 2024. Pengkreditan RM200 setiap bulan dilakukan selama 4 bulan berturut-turut sehingga selesai.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KEWANGAN BMT

Syarat kelayakan penerima bantuan musim tengkujuh 2023 RM800 telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Merupakan pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Pemilik tanah yang sah untuk pemilik pengusaha atau surat pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi penoreh bukan pemilik
  • 1 Lot untuk seorang penerima bantuan sahaja (pemilik tanah atau penoreh)
  • Keluasan tanah 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
  • Mempunyai kad permit autoriti getah (PAT-G) yang masih sah dan aktif

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN BMT 

Pengagihan bayaran bantuan BMT RISDA ini dijalankan secara berperingkat dari November sehingga Februari 2024. Bayaran diberikan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank yang aktif didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dikemukakan.

Dengan adanya insentif tambahan seperti BMT ini dapat membantu meringankan beban kewangan rakyat yang terdiri daripada golongan pekebun kecil. Untuk mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan musim tengkujuh ini, sila layari laman rasmi BMT – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Ramai yang tidak tahu, pada tahun ini pihak kerajaan persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai. Insentif-insentif yang disediakan adalah bagi membantu meringankan beban rakyat terutama golongan yagn memerlukan.

Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada pada waktu ini dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button