KWSPPengeluaran sebahagian

Terkini : Pengeluaran KWSP Sebahagian Dibenarkan Disember Ini

Terkini : Pengeluaran KWSP Sebahagian dibenarkan dan boleh dilakukan pada bulan Disember ini selagi menepati syarat ditetapkan. Untuk makluman umum, pihak KWSP telah menyediakan pelbagai inisiatif kemudahan pengeluaran untuk para pencarum.

TERKINI : PENGELUARAN KWSP SEBAHAGIAN

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan e-pengeluaran, dimana ahli KWSP boleh melakukan pengeluaran pada bila-bila masa dan dimana jua. Pengeluaran secara sepenuhnya dan sebahagian boleh dikeluarkan melalui akaun 1 dan akaun 2.

Pencarum boleh kemukakan permohonan secara dalam talian melalui i-akaun KWSP. Kemudahan ini boleh digunakan sepanjang tahun selagi ahli mematuhi terma dan syarat kelayakan.

KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP SEBAHAGIAN

Antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk membuat pengeluaran sebahagian adalah seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Syarat-syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Permohonan pengeluaran yang dikemukakan tidak melebihi amaun maksimum pengeluaran
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank simpanan/ semasa atau ke dalam akaun rakan strategik KWSP

JENIS-JENIS PENGELUARAN KWSP (SEBAHAGIAN)

Terdapat beberapa jenis pengeluaran sebahagian yang dibenarkan untuk tujuan peribadi tertentu seperti di bawah.

  1. Bina rumah
  2. Beli rumah
  3. Mengurangkan/ menyelesaikan baki pinjaman perumahan
  4. Ansuran bulanan pinjaman perumahan
  5. Umur 50 tahun
  6. Pendidikan
  7. Rawatan kesihatan
  8. Menunaikan haji (Beragama islam)
  9. Perumahan PR1MA
  10. Perumahan fleksibel
  11. Simpanan melebihi 1 juta

INFO : Di atas adalah senarai jenis pengeluaran sebahagian yang dibenarkan kepada ahli KWSP. Ini adalah inisiatif kemudahan yang memberi manfaat kepada ahli bagi membantu menguruskan kewangan.

PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN

Kepada ahli KWSP yang berkelayakan dan memerlukan, anda boleh kemukakan permohonan secara online pada bila-bila masa. Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

Kepada yang terlepas pandang, terdapat satu lagi kemudahan yang baru diperkenalkan pada tahun ini iaitu FSA2 KWSP. Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini merupakan kemudahan pembiayaan peribadi melalui institusi perbankan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif khas berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button