BANTUANSTRSTR Tambahan

Jadual Pemberian STR Tambahan RM600 Diberikan Secara Berperingkat

Jadual pemberian STR tambahan berjumlah RM600 akan diberikan secara berperingkat kepada penerima yang berkelayakan. Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menawarkan bantuan tambahan kepada penerima sedia ada bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2023.

JADUAL PEMBERIAN STR TAMBAHAN

Untuk makluman, jadual pemberian STR tambahan akan mula diberikan pada bulan depan. Kategori yang layak menerima inisiatif khas ini adalah merupakan kategori isi rumah yang berstatus keluarga miskin melalui data ekasih.

Pemberian bantuan STR tambahan ini bukanlah dalam bentuk tunai, ia diberikan dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas yang melibatkan jumlah RM600. Pemberian akan dijalankan secara 6 fasa seperti berikut :

  • Julai : RM100
  • Ogos : RM100
  • September : RM100
  • Oktober : RM100
  • November : RM100
  • Disember : RM100

Nota : Kepada penerima sedia ada Sumbangan tunai rahmah (STR) dari kategori isi rumah boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini. Untuk semakan sila layari laman rasmi eKasih – DI SINI

Sila log masuk menggunakan maklumat peribadi yang diperlukan, sekiranya maklumat anda dipaparkan secara automatik layak menerima insentif khas bernilai RM600 ini.

SEMAKAN PEMBAYARAN MYSTR 2023

Bagi yang terlepas pandang, pembayaran bagi STR 2023 telah selesai bagi pembayaran fasa pertama dan kedua. Fasa berikutnya akan diberikan pada bulan Julai. Untuk semak status pembayaran STR, sila layari portal rasmi MySTR.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button