BANTUANRMRRUMAH

Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) Tahun 2023

Program Rumah Mesra Rakyat atau lebih dikenali sebagai RMR adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan rumah mampu milik. Untuk makluman, program rumah RMR kini telah dikemaskini dan ditambah baik bagi golongan pendapatan RM5,000 kini juga boleh membuat permohonan.

PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT 2023

Kepada warganegara Malaysia yang belum memiliki rumah sendiri, kini ada berita baik untuk anda. Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) kini telah membuka kouta permohonan bagi program rumah mesra rakyat bagi sesi tahun ini.

Program rumah mesra rakyat yang diperkenalkan pada tahun 2020 dibawah kendalian SPNB ini adalah bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Mereka yang memiliki rumah usang atau tidak mempunyai rumah dan memiliki tapak tanah sendiri boleh memohon program RMR ini.

SYARAT KELAYAKAN RMR 2023

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan rumah mesra rakyat bagi sesi tahun 2023 seperti di bawah :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon wajib berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan isi rumah dibawah RM3,000 (Kerajaan telah menaikkan kadar pendapatan bulanan RM,5000)
  • Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah sendiri atau tinggal di kediaman usang
  • Keluasan tanah tidak kurang dari 3,600 kps atau mengikut reka bentuk rumah
  • Memiliki tanah bersesuaian dan bebas dari bentuk gadaian ke atasnya
  • Baki bukan pemilik tanah, pemohon perlu mempunyai surat kebenaran daripada pemilik tanah
  • Untuk pemohon kawasan semenanjung, sekiranya pemohon pertama berumur 42 tahun ke atas, pemohon kedua wajib berumur 18 – 42 tahun
  • Untuk pemohon kawasan Sabah, Sarawak dan Pulau, sekiranya pemohon pertama berumur 38 tahun maka pemohon kedua harus berumur 18 – 38 tahun.

PANDUAN CARA PERMOHONAN RMR 2023

Kepada mereka yang ingin memiliki rumah sendiri dengan harga mampu milik, permohonan rumah mesra rakyat adalah jalan yang tepat. Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila layari portal rasmi RMR SPNB – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif dan kemudahan khususnya bantuan berbentuk kewangan untuk membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – KLIK DISINI untuk semakan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button