KWSPPengeluaran KWSPPengeluaran PenuhPengeluaran sebahagian

Rasmi : Pengeluaran KWSP Penuh & Sebahagian Dibenarkan

Rasmi : Pengeluaran KWSP secara penuh atau sebahagian kini dibenarkan dari simpanan untuk memenuhi keperluan peribadi tertentu. Untuk sedia maklum, sebenarnya ahli boleh membuat pengeluaran wang mereka selagi menepati syarat yang ditetapkan.

RASMI : PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

Untuk makluman umum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali KWSP telah menyediakan pelbagai kemudahan pengeluaran kepada ahli. Mereka yang memerlukan dan berkelayakan boleh membuat pengeluaran wang simpanan mereka sebelum bersara.

Terdapat 2 jenis kemudahan yang boleh dilakukan iaitu pengeluaran secara sepenuhnya atau pengeluaran secara sebahagian. Di halaman ini dikongsikan jenis-jenis pengeluaran yang dibenarkan dan boleh dilakukan oleh pencarum.

PENGELUARAN KWSP (SEBAHAGIAN)

Berikut adalah jenis pengeluaran sebahagian KWSP yang boleh dilakukan pada tahun ini untuk tujuan seperti di bawah :

  1. Pengeluaran Umur 50 tahun
  2. Pendidikan
  3. Beli Rumah
  4. Bina rumah
  5. Mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan
  6. Ansuran bulanan pinjaman perumahan
  7. Perumahan PR1MA
  8. Perumahan fleksibel
  9. Kesihatan
  10. Haji
  11. Simpanan melebihi 1 juta

Nota : Bagi pengeluaran sebahagian, ia dibenarkan melalui simpanan dalam akaun 2 KWSP.

PENGELUARAN KWSP (PENUH)

Manakala bagi jenis pengeluaran penuh yang dibenarkan pada tahun ini untuk tujuan seperti berikut :

  1. Umur 60 tahun
  2. Umur 55 tahun
  3. Hilang upaya
  4. Meninggalkan negara
  5. Kematian
  6. Pekerja berpencen dan pesara pilihan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Terdapat beberapa syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan seperti :

  1. Ahli KWSP
  2. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  3. Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  4. Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
  5. Bayaran dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank simpanan/ semasa ahli atau ke akaun bank rakan strategik KWSP

PANDUAN LANGKAH PERMOHONAN

Kepada ahli yang memerlukan dan berkelayakan untuk membuat pengeluaran bertujuan seperti diatas, permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat. Pelbagai bantuan kewangan diberi keutamaan kepada golongan sasar iaitu B40 dan miskin.

Kepada mereka yang terlepas pandang boleh lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button