BANTUANBKM

Rasmi BKM 2022 : Bantuan Kewangan Tambahan RM 500

Untuk sedia maklum, Pada tahun Pihak Kerajaan telah melancarkan Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM 2022 yang mana telah menggantikan Insentif bantuan berbentuk kewangan tahun sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). BKM adlah merupakan salah satu Bantuan yang diperkenalkan bagi tujuan membantu rakyat yang memerlukan, lebih-lebih lagi kepada golongan yang berpendapatan rendah pada tahun ini.

Kepada penerima bantuan Kerajaan sebelum ini, maklumat data anda secara automatik akan masuk ke dalam sistem pengkalan data BKM, anda hanya perlu mengemaskini maklumat terbaru jika ada.

Pengenalan BKM 2022

Program BKM aadalah merupakan Bantuan berbentuk kewangan yang telah menggantikan bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH) , Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Melalui BKM 2022, tujuan adalah sama seperti bantuan sebelum ini, bagi membantu rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup pada masa ini. Namun ada berita baik kepada rakyat, BKM 2022 telah menambah insentif kewangan tambahan sebanyak RM 500 kepada yang layak menerima.

Maklumat Bantuan Tambahan BKM

Pihak Kerajaan melalui BKM 2022 telah menyediakan insentif bantuan kewangan tambahan RM 500. Kepada individu / rakyat yang lulus dalam permohonan akan menerima bantuan tambahan ini.

Anda boleh membuat semakan status BKM anda di Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia – KLIK DISINI

Kadar Bantuan Kewangan BKM 2022

Untuk makluman, Jumlah maksimum bagi Bantuan ini adalah sebanyak RM 2,000.

Kepada penerima Bantuan Tambahan BKM akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM 500 (Kategori Isi Rumah berstatus Bapa/ Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan anak) dan bantuan tambahan sebanyak RM 300 (Kategori Isi Rumah berstatus Warga Emas)

Jumlah keseluruhan penerima BKM 2022 sebanyak RM 2,500 termasuk bantuan tambahan yang telah disediakan oleh Pihak Kerajaan bagi membantu meringankan beban pembelanjaan pada tahun ini.

Syarat Kelayakan Bantuan Tambahan BKM 2022
  • Calon adalah merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia – BKM 2022
  • Merupakan Kategori Isi Rumah berstatus Warga Emas
  • Merupakan Kategori Isi Rumah berstatus Bapa / Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan anak
Tarikh Pengagihan Bayaran BKM 2022

Pembayaran BKM 2022 akan mula diagihkan pada bulan Mac 2022 (Tarikh rasmi akan di kemaskini dari semasa ke semasa dari pengumuman pihak Kerajaan).

Malumat Lanjut

Jika anda terlepas pandang berkenaan senarai Bantuan khususnya berbentuk kewangan yang telah dilancarkan pada tahun ini (2022) yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, Sila ke Laman Utama yang telah disediakan – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button