Bajet 2023BANTUAN

Semakan Bantuan Khas RM 500 Secara One-off Untuk Ibu Yang Bakal Melahirkan Anak

Bantuan Khas Untuk Ibu Yang Melahirkan Anak Pada Tahun 2023

Untuk sedia maklum, pada bajet 2023 pihak kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan bantuan khas RM 500 bagi Ibu yang melahirkan anda pada tahun tersebut.

Perkara ini adalah merupakan berita baik kepada para ibu yang bakal melahirkan anak pada tahun hadapan terutama kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Insentif Khas Untuk Golongan Ibu Yang Melahirkan

Kepada para ibu atau bakal menjadi ibu pada tahun hadapan, anda akan bakal menerima insentif tunai RM 500 secara one-off di bawah program khas CahayaMata Keluarga Malaysia.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah berkata, bahawa bantuan ini diperuntukkan sebanyak lebih kurang RM 150 juta yang bertujuan untuk meningkatkan kadar kelahiran serta mengurangkan masalah kanak-kanak seperti bantut.

Golongan wanita terutama para ibu adalah salah satu perkara yang di fokuskan dalam pembentangan bajet kali ini. Pelbagai inisiatif khususnya bantuan kewangan yang akan diberikan termasuklah bantuan khas CahayaMata Keluarga Malaysia ini pada tahun 2023.

Syarat-syarat Kelayakan

Untuk pengetahuan, bantuan khas RM 500 ini tidaklah semua para ibu akan terima secara automatik. Terdapat kelayakkan yang telah ditetapkan untuk memastikan penerima benar-benar layak terima bantuan ini.

Selain daripada melahirkan anak pada tahun 2023, bantuan khas ini hanya diberikan kepada golongan isi rumah yang terima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Jika anda bukan penerima BKM, secara automatik anda tidak dapat bantuan khas CahayaMata Keluarga Malaysia 2023 ini.

Bagaimana Untuk Memohon?

Untuk makluman setakat ini, tiada maklumat yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai cara permohonan dan tarikh pembayaran bagi bantuan khas RM 500 ini. Segala maklumat berkenaan perkara ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Pada sidang bajet 2023, terdapat pelbagai jenis bantuan bakal dilancarkan pada tahun hadapan. Untuk semakan bantuan selain daripada bantuan khas ini, anda boleh rujuk di laman utama yang telah disediakan – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button