BANTUANFasa 2STR

Tarikh Bayaran Fasa Kedua Mula Dikreditkan

Tarikh bayaran fasa kedua Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mula dikreditkan sebelum hari raya aidilfitri tahun ini. Untuk makluman umum, pemberian bantuan tunai STR ini adalah merupakan inisiatif yang baru diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini untuk seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan.

TARIKH BAYARAN FASA KEDUA

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah mengumumkan bawah tarikh bayaran fasa kedua STR akan dipercepatkan. Bayaran akan mula dikreditkan pada awal atau pertengahan April, selewat-lewatnya selesai sebelum menjelang raya aidilfitri iaitu 22 April 2023.

Bayaran bantuan kali ini diberikan kepada kategori terbabit iaitu bujang, warga emas dan isi rumah. kadar bayaran fasa berikutnya ini adalah berbeza bergantung kelayakan permohonan.

Apa yang lebih menarik, kerajaan telah umumkan bahawan melalui STR akan diberikan bantuan tambahan berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah yang terdiri daripada golongan miskin tegar. Bantuan tambahan tersebut bukan berbentuk tunai tetapi dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas.

SEMAKAN KEMASKINI MAKLUMAT

Kepada mereka yang masih belum membuat pengemaskinian sumbangan tunai rahmah seperti status perkahwinan, bilangan tangggungan anak dan sebagainya. Anda masih belum terlambat kerana tarikh kemaskini masih dibuka.

Bermula 1 sehingga 31 Mac 2023, kerajaan telah buka portal kemaskini maklumat terkini bagi pembayaran fasa kedua nanti. Untuk semakan maklumat peribadi, sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

PENDAFTARAN PERMOHONAN BARU

Bagi bukan penerima STR sedia ada, anda kini boleh membuat pendaftaran permohonan baru sebelum 31 Mac 2023. Kepada mereka yang memerlukan dan bukan penerima bantuan sedia ada, anda disarankan membuat permohonan baru keranan selepas ini tiada lagi permohonan baru akan dibuka.

Untuk permohonan baru, panduan dan cara mohon telah disediakan di laman rasmi MySTR yang telah disediakan diatas. Permohonan baru boleh dilakukan secara atas talian (online) atau mengemukakan borang di pejabat LHDNM berhampiran.

INFO LANJUT

Pada suku pertama tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai. Bantuan-bantuan ini dilancarkan adalah bagi meringankan golongan yang memerlukan terutama bagi kumpulan B40 dan miskin.

Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button