BANTUANBKMFasa 2Tarikh Pembayaran

Ramai Penerima Bank CIMB, Maybank Dan Lain-lain Sudah Terima Bayaran BKM Fasa 2

Batuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM adalah merupakan sebuah program bantuan berbentuk tunai yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan pada tahun 2022. Seperti sedia maklum, pembayaran BKM akan melalui 4 fasa iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember tahun ini.

Pemberian Bantuan ini akan melibatkan jumlah terbesar penerima bantuan tahun ini dan terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Jadual Pembayaran BKM

Untuk makluman, pembayaran bagi Fasa 1 BKM telah pun selesai, pembayaran bermula 28 Mac yang lalu. Kini proses pembayaran BKM Fasa 2 telah dijalankan secara berperingkat bermula 27 Jun sehingga 5 julai 2022. Seperti pembayaran terdahulu, pemegang Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima terlebih dahulu sebelum penerima bank lain.

Namun pada hari ini (29 Jun) ramai yang telah kongsikan maklumat bahawa mereka yang mempunyai bank CIMB, Maybank dan sebagainya, bayaran telah masuk sepenuhnya ke dalam akaun. Sebahagian daripada kategori Isi rumah telah memaklumkan mereka telah menerima bayaran bantuan BKM Fasa 2 sehingga RM 500.

Semakan Status Pembayaran

Anda tidak perlu risau, pembayaran BKM Fasa 2 dijalankan secara berperingkat, bayaran akan masuk selewat-lewatnya 5 Julai. Jika anda belum menerima, semakan status pembayaran boleh dilakukan dari semasa ke semasa melalui Portal Rasmi BKM – DI SINI

Anda perlu log masuk akaun seperti biasa dan semak status pembayaran, maklumat bayaran akan dipaparkan pada skrin anda. Sekiranya bayaran sudah dimasukkan ke akaun anda, status kredit akan “Berjaya Kredit” dan tarikh kredit masuk akan dipaparkan. Jika masuk belum, diharapkan bersabar menunggu kerana proses bayaran diberikan secara berperingkat.

Manakala bagi penerima BKM yang tidak mempunyai akaun Bank, anda boleh menebus bayaran BKM Fasa 2 di mana-mana cawangan Bank BSN berdekatan anda bermula 27 Jun 2022.

Kadar Bayaran Fasa 2

Untuk sedia maklum, bayaran BKM Fasa 2 adalah dari RM 100 – RM 400 bergantung kategori kelayakan, namun baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan penambahan bayaran sebanyak RM 50 – RM 100. Ini bermakna jumlah baru yang akan diterima adalah sehingga RM 500.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, selain bantuan BKM ini terdapat lebih banyak inisiatif telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk kewangan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button