BANTUANeTunaiKredit

Kredit E-Tunai : Bantuan RM100 Percuma Untuk Rakyat Malaysia

Kredit E-Tunai : Bantuan RM100 ini adalah merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini. Apa yang menarik adalah bantuan istimewa ini diberikan kepada rakyat Malaysia secara one-off tanpa perlu mohon.

KREDIT E-TUNAI : BANTUAN RM100

Baru-baru ini pada sidang Majlis Peluncuran Madani Memperkasa rakyat, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan satu lagi insentif. Bantuan berbentuk kredit e-tunai akan ditawarkan kepada kategori dewasa berjumlah RM100.

Sebelum ini bantuan kredit iaitu ebelia rahmah telah dilancarkan sehingga Ogos 2023. Bantuan tersebut diberikan secara percuma kepada golongan belia dan mahasiswa berjumlah RM200 seorang.

Atas dasar keprihatinan pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan insentif tersebut kepada golongan dewasa B40 dan M40 dengan kadar RM100 seorang. Ini merupakan berita baik untuk rakyat Malaysia kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban.

Selain itu, dengan adanya insentif khas ini dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai di kalangan masyarakat mengikut peredaran masa.

KELAYAKAN BANTUAN KREDIT E-TUNAI RM100

Berikut adalah beberapa jenis syarat kelayakan yang telah dimaklumkan bagi pemberian bantuan khas RM100 etunai ini seperti :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Kategori dewasa
  3. Berumur 21 tahun dan keatas
  4. Pendapatan semasa tahunan (RM100,000 dan kebawah)
  5. Golongan B40 dan M40

Info : Kredit etunai percuma RM100 ini boleh ditebus sama seperti eBeliaRahmah secara online oleh individu yang menepati syarat kriteria di atas. Tuntutan boleh dilakukan melalui aplikasi edompet seperti Touch N Go ewallet, Boost, Setel, grabpay dan sebagainya yang berkaitan.

TARIKH TEBUS KREDIT E-TUNAI

Untuk makluman, kerajaan perpaduan telah memaklumkan bahawa pemberian bantuan khas ini akan mula dilaksanakan pada suku keempat tahun ini. Dimana akan dilancarkan seawal bulan Oktober dan selewatnya bulan Disember 2023.

Segala maklumat terkini berkenaan kredit etunai untuk kategori dewasa ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum masyarakat.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan –¬†SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button