BakulBANTUAN

Bantuan Barang Dapur RM 300 Untuk Bulan Ini

Bantuan Barang Dapur , kepada setiap individu yang tidak bernasib baik terputus bekalan makanan di musim banjir ini. Anda boleh menghubungi bilik gerakan jabatan kebajikan masyarakat berdekatan kediaman anda.

BANTUAN BARANGAN DAPUR 

Program bantuan ini dikenali sebagai Bakul Prihatin Negara. Bantuan ini khas diberikan kepada golongan yang memerlukan sepanjang tahun 2022.

Pihak kerajaan telah memperkenalkan bantuan ini bagi mereka yang memerlukan. Syarat kelayakan sangat mudah, bantuan ini boleh didapatkan khusus kepada keluarga dan individu yang terjejas pada tahun ini terutama akibat bnjir.

Bagi individu yang ingin mendapatkan bantuan ini boleh menghubungi terus bilik gerakan JKM yang terletak di 108 daerah seluruh kawasan Malaysia. Anda juga boleh berhubung di talian Kasih 15999 atau pesanan whatsapp di talian 019-2615999 atau menghubungi pemimpin tempatan atau ketua kampung di kawasan masing-masing.

JENIS BANTUAN BAKUL

Bantuan ini adalah berbentuk barangan keperluan harian (barang dapur) seperti berikut:

  • Gula
  • beras
  • bihun
  • sardin tin
  • biskut
  • kicap
  • tepung gandum
  • garam
  • kopi

CARA PERMOHONAN BANTUAN BARANG DAPUR

Sekiranya anda memerlukan bantuan ini, permohonan boleh dibuat dengan mudah. Ia boleh dilakukan dalam beberapa cara seperti berikut:

  • Kiriman pesanan whatsapp di (019-2615999)
  • Hubungi talian kasih di 15 999
  • Hubungi pemimpin tempatan atau ketua kampung kawasan anda.

Untuk ketahui lebih terperinci berkenaan bantuan ini, sila layari portal rasmi JKM – SEMAK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan bakul ini, terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan pada waktu ini. Untuk semakan senarai bantuan yang layak untuk anda dapatkan, sila ke laman utama yang telah disediakan – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button