BANTUANi-Fitri

Permohonan Bantuan I-Fitri RM300 Kini Dibuka

Permohonan bantuan i-fitri berjumlah RM300 sekali bayar (one-off) kini dibuka untuk yang berkelayakan sehingga 31 Mac 2023. Untuk makluman, pemberian bantuan khas i-fitri ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang ditawarkan untuk mereka yang memerlukan.

PERMOHONAN BANTUAN I-FITRI

Untuk sedia maklum, bantuan i-fitri ini adalah merupakan insentif berbentuk bantuan tunai yang diberikan secara one-off. Bantuan ini bagi membantu mereka yang memerlukan untuk perseiapan hari raya aidilfitri tahun ini.

Pihak kerajaan negeri telah membuka permohonan bermula dari 19 sehingga 31 Mac 2023. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online), syarat kelayakan dan panduan permohonan disediakan di ruangan bawah.

KADAR BANTUAN

Kepada pemohon (isi rumah) yang layak akan menerima bayaran pada kadar jumlah sebanyak RM300 secara sekali bayar pada bulan April 2023.

PANDUAN PERMOHONAN I-FITRI

Untuk permohonan bantuan khas sempena menyambut raya aidilfitri ini boleh dibuat secara online, panduan cara mohon telah disediakan. Sila layari laman rasmi iBantuan – DI SINI

SYARAT KELAYAKAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan i-fitri tahun ini seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan ketua isi rumah (KIR) pendapatan bulanan dibawah RM2,500 (b40)
  • Ketua isi rumah (KIR) pendapatan bulanan RM2,500 – RM5,000 (m40)
  • Pemohon merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri tersebut
  • Mendaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
  • Merupakan pengundi berdaftar di Terengganu
  • Kepada penjawat awam dan latikkan kerajaan yang menerima elaun tetap secara bulanan tidak layak mohon bantuan ini.

Nota : Permohonan bantuan i-fitri ini dibuka untuk rakyat negeri Terengganu sahaja, kepada mereka yang berkelayakan disarankan membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2023.

TARIKH BAYARAN I-FITRI

Kepada pemohon yang layak, pihak kerajaan negeri Terengganu akan memberikan bayaran bantuan i-fitri RM300 pada 17 April 2023 bagi persediaan menyambut hari raya puasa tahun ini.

INFO LANJUT

Pada tahun ini selain daripada bantuan i-fitri, terdapat lebih banyak inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri. Bantuan-bantuan yang ditawarkan adalah bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button