BANTUANBaucar

Diskaun Pembayaran PTPTN Sehingga April 2022

Pihak Kerajaan telah mengumumkan program rebat diskaun pinjaman PTPTN dan telah di laksanakan pada nov 2021. Bagi makluman semua, tiada sebarang permohonan untuk rebat diskaun ini kerana ada cara dan kaedah yang mudah untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN pada kadar yang lebih rendah.

Anda / peminjam boleh membuat bayaran mengikut jumlah dan kaedah yang telah di tetapkan pihak PTPTN. Perpandukan sistem secara automatik anda akan dapat pemotongan diskaun seperti yang ditawarkan dalam sidang Bajet Belanjawan 2022 baru baru ini.

Kadar Diskaun 
  • Kadar Diskaun sebanyak 10 % – Anda boleh buat bayaran semula melalui kaedah debit terus atau secara pemotongan gaji. Anda layak mendapat potongan sebanyak 10 %
  • Kadar Diskaun sebanyak 12 % – Anda boleh membuat pembayaran 50 % dari baki pinjaman PTPTN anda. Anda layak mendapat potongan sebanyak 12 %
  • Kadar Diskaun sebanyak 15 % – Anda boleh buat bayaran penuh dan sekaligus atas baki terkini pinjaman PTPTN anda. Anda layak mendapat potongan sebanyak 15 %

Contoh peminjam membuat bayaran melalui potongan gaji atau debit terus secara bulanan sebanyak RM 100 maka dengan rebat diskaun ini anda hanya perlu bayar sebanyak RM 85 – 90 mengikut kadar diskaun anda.

Tarikh Tutup Rebat Diskaun 

Diskaun rebat PTPTN masih dibuka sehingga tarikh tutup iaitu pada 30 April 2022. Dengan Bantuan Diskaun rebat ini dapat bayaran balik peminjam , supaya dapat digunakan pada generasi akan datang.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Insentif Kewangan dan Bantuan yang telah dilancarkan bagi tahun 2022 boleh terus layari Portal Rasmi di – SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button