BANTUANBKMRayuan

Tarikh Rayuan Permohonan BKM 2022 Tidak Lulus

Untuk makluman umum, Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM 2022 telah diperkenalkan melalui sidang Belanjawan 2022 dan bantuan ini merupakan insentif berbentuk tunai. Ia turut ditambah baik berbanding bantuan berbentuk kewangan sebelum ini agar bantuan ini dapat lebih mensasarkan lebih ramai penerima yang layak.

Tarikh Pembayaran BKM 2022

Untuk sedia maklum, pembayaran BKM fasa 1 sudah mula diagihkan bermula 28 Mac 2022 Sehingga 8 April 2022 secara berperingkat kredit ke akaun bank penerima. Manakala bagi penerima yang layak tiada akaun bank, pembayaran bermula 30 Mac 2022 yang mana penerima boleh menuntut bayaran di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.

Bermula 28 Mac 2022 anda boleh menyemak status anda mengikut kategori kelayakan secara online melalui portal rasmi BKM – DI SINI

Bagaimana jika status BKM anda tidak lulus? Jangan khuatir, anda boleh membuat permohonan rayuan pada tarikh yang telah ditetapkan bermula dari 2 Mei 2022 Sehingga 2 Jun 2022. Dalam tempoh permohonan pihak LHDNM akan menyemak semula dokumen permohonan rayuan.

Sebab Tidak Lulus BKM 2022

Jika anda telah membuat semakan status BKM dan anda melihat status tidak lulus dengan paparan alasan KOD Tidak Lulus BKM seperti berikut :

KOD 12 – Pemohon mendaftar sebagai pemegang saham atau pengarah syarikat atau perkongsian liabiliti terhad

KOD 05 – Maklumat pengenalan pasangan pemohon perlukan pengesahan

KOD 36 – Pemohon atau pasangan merupakan penerima GKP

KOD 31 – Status perkahwinan perlukan pengesahan

KOD 39 – Semakan pendapatan pemohan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang telah ditetapkan termasuk perniagaan

Panduan Cara Membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 Secara Online

Di bawah telah disediakan panduan untuk membuat permohonan rayuan BKM seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi BKM – DI SINI
  2. Kemudian tekan butang ‘Rayuan’ (Bermula 2 mei – 2 Jun 2022)
  3. Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan pada butang carian
  4. Sila is lengkap maklumat diperlukan dan ikut langkah berikutnya
  5. Kemukakan dokumen sokongan sebagai bukti dan tidakan terhadap KOD alasan tidak lulus BKM
  6. Pihak LHDNM akan menyemak semula permohonan rayuan
  7. Selesai

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan BKM 2022, anda boleh terus menghubungi di talian khas berikut :

Hotline BKM LHDNM : 1 800 88 2747

Hotline MOF : 03 8882 4565 / 4566

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini terdapat pelbagai bantuan khusus berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada yang berkelayakan untuk anda membuat sebarang permohonan, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

Related Articles

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button