BANTUANBKMFasa 4KerajaanTarikh Pembayaran

Penerima BKM Fasa Akhir Sehingga RM 900 ~ Semak Disini

Untuk sedia maklum, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa ke3 sedang dalam proses pengagihan secara berperingkat ke akaun penerima bermula 20 September sehingga 29 September 2022. Ramai yang telah mendapat pembayaran dan ada juga yang masih menunggu bayaran diterima.

Bagi makluman umum, kaedah pembayaran Fasa 3 akan disalurkan sama seperti bayaran terdahulu iaitu secara berperingkat ke akaun penerima dan bagi penerima tanpa kad bank boleh menebus bantuan masing-masing di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

Berita ini sangat menggembirakan hati rakyat setelah bayaran Fasa 3 telah diberikan. Di bawah telah disediakan maklumat penuh berkenaan BKM 2022 yang boleh anda jadikan rujukan penuh.

Bantuan Keluarga Malaysia Tahun 2022

BKM atau Bantuan Keluarga Malaysia adalah merupakan sebuah program bantuan bersasar yang diberikan kepada kategori yang berkelayakan termasuk golongan yang berpendapatan dibawah RM 5,000 sebulan. Bantuan ini disalurkan kepada kategori Isi rumah, bujang, ibu bapa tunggal serta warga emas pada tahun ini.

Kini sudah hampir tiba ke penghujung pembayaran bagi insentif bantuan kewangan BKM ini. Berikut disediakan jadual, kadar dan kategori bagi bayaran Fasa akhir (4) yang akan disalurkan tidak lama lagi.

Kadar Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4

Untuk penerima sedia ada, kadar bayaran BKM Fasa 4 yang anda akan terima adalah berbeza mengikut kategori kelayakan. Jumlah bayaran adalah sehingga RM 900, bergantung kelayakan penerima bayaran fasa terakhir nanti.

Kategori Yang Terima Bayaran BKM Fasa 4

Pada edisi fasa terakhir, kategori isi rumah, ibu bapa tunggal akan terlibat dalam penerimaan bayaran bantuan ini, kepada penerima sedia ada sila semak status BKM anda untuk memudahkan semakan maklumat pembayaran.

Bila Bayaran BKM Fasa 4?

Bagi makluman semua, pembayaran BKM Fasa terakhir ini akan berlaku pada bulan Disember 2022. Namun masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak kerajaan berkenaan tarikh bayaran. Pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa berkaitan jadual pembayaran BKM.

Penerima Rayuan BKM ?

Bagi kategori rayuan BKM pula, menurut Perdana Menteri lebih daripada 80,000 calon telah lulus rayuan BKM dan mereka akan menerima bantuan sehingga RM 2,350 mengikut kelayakan pada fasa 3.Untuk semakan status BKM akaun anda, sila layari portal rasmi BKM – DI SINI

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat berkenaan bantuan kerajaan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, anda boleh semak senarai bantuan di laman utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button