Permohonan program rumah PPRT adalah merupakan sebuah inisiatif khas dan kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang berkelayakan. Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah menyediakan sebuah program khas yang dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) 2023.
PERMOHONAN PROGRAM RUMAH PPRT
Kerajaan melaksanakan program rumah PPRT ini adalh bertujuan membantuk golongan yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan terutama bagi keluarga miskin dan miskin tegar.
Terdapat 2 kategori yang ada melalui program khas ini iaitu membina rumah baru atau membaiki rumah sedia ada untuk mewujudkan tempat tinggal yang lebih selesa dan sesuai untuk didiami.
KATEGORI PROGRAM RUMAH PPRT
Melalui program PPRT terdapat 2 jenis kategori bantuan seperti berikut :
BAIK PULIH RUMAH SEDIA ADA
- Bagi membaik pulih rumah terdapat tiga (3) elemen penting iaitu penambahbaikan, penyelenggaraan dan permintaan
- Bantuan ini ditawarkan kepada individu / golongan yang mempunyai kediaman usang atau kerosakan berpunca daripada bencana dan masih boleh diperbaiki
- Untuk baik pulih rumah perlu ada surat kebenaran daripada pemilik bagi kes menumpang tapak tanah
MEMBINA RUMAH BAHARU
- Inisiatif bantuan pembinaan rumah baru akan ditawarkan kepada individu yang masih belum mempunyai rumah sendiri atau rumah yang sedang didiami sekarang terlalu usang dan tidak selamat didiami
PANDUAN PERMOHONAN RUMAH PPRT
Kepada yang berminat untuk memohon program rumah PPRT, panduan permohonan telah disediakan seperti berikut :
- Langkah pertama sila layari laman rasmi eSPKR – DI SINI
- Sila tekan butang ‘Program perumahan rakyat termiskin’
- Pemohon perlu lengkapkan maklumat penting yang diperlukan pada ruangan yang telah disedikan
- Sila semak semula dan setelah selesai mengisi maklumat, tekan butang ‘hantar permohonan’
Sekiranya mempunyai permasalahan atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian khas di 03-8000 8000 atau e-mel ke info@ruralink.gov,my.
MAKLUMAT LANJUT
Pada tahun 2023, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif berbentuk kemudahan dan bantuan kewangan kepada rakyat yang kurang berkemampuan dan memerlukan.
Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.