BANTUANi-SuriKWSP

Bantuan Khas KWSP RM480 Untuk Pencarum

Bantuan khas KWSP RM480 untuk pencarum / ahli merupakan sebuah insentif tambahan yang ditawarkan kepada yang berkelayakan. Ahli boleh membuat pengeluaran sebahagian atau penuh KWSP selagi menepati terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Untuk makluman umum, pelbagai jenis kemudahan yang telah disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi manfaat kepada ahli antaranya menerusi program i-Suri KWSP.

BANTUAN KHAS KWSP RM480

Untuk pegetahuan umum, terdapat sebuah program kemudahan yang dikenali sebagai i-suri KWSP. Melalui program khas ini, ahli yang berkelayakan boleh mendapat insentif tambahan bernilai RM480 setahun.

Kemudahan program khas ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada pencarum KWSP. Mereka yang merupakan suri rumah layak memohon dan mendapatkan manfaat dari program khas ini.

KELEBIHAN I-SURI KWSP

Kelebihan dan manfaat yang boleh didapatkan dalam program i-suri KWSP ini adalah menerima insentif tambahan berjumlah sehingga RM480 setahun.

Ahli turut secara automatik menerima bantuan khairat kematian sebanyak RM2,500 (pencarum KWSP). Selain itu turut boleh membuat sumbagan dalam kadar jumlah mengikut kemampuan pada bila-bila masa.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah kriteria kelayakan untuk membuat pendaftaran program i-suri KWSP (Bantuan khas KWSP RM480) seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Berumur 60 tahun dan kebawah
  • Wajib membuat caruman sekurang-kurangnya RM5 sebulan bersamaan RM60 dalam tempoh setahun
  • Merupakan golongan suri rumah yang berdaftar dengan e-kasih

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan inisiatif program i-suri KWSP ini, pendaftaran permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online). Panduan permohonan dan borang boleh dimuat turun di laman rasmi KWSP – DI SINI

Kepada mereka yang berkelayakan disarankan mendaftar permohonan i-suri KWSP untuk mendapatkan manfaaat dan memupuk budaya meyimpan.

MAKLUMAT DAN INFO LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan negeri dan persekutuan telah memperkenalkan pelbagai insiatif berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia terutama untuk golongan B40 dan miskin. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button