BANTUANJKMWarga Emas

Program : Insentif Khas Kebajikan RM 500 Setiap Bulan

Tahukah anda, Menteri Kewangan Malaysia iaitu Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bantuan kebajikan orang tua atau warga emas telah dinaikkan daripada tahun sebelum RM 350 kepada RM 500 sebulan pada tahun 2022 bagi mereka yang sudah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bantuan ini merupakan bantuan lama dan masih diteruskan dan ditambah naik kadar pada tahun ini.

Untuk makluman, bantuan warga emas dan kebajikan orang tua ini akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan wanita, keluarga serta masyarakat. Objektif utama insentif ini diberikan kepada warga emas yang berkelayakan adalah bertujuan membantu meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan di dalam komuniti masyarakat hari ini.

Kadar Bantuan

Bagi kadar bantuan yang akan diterima oleh calon yang layak sebanyak RM 500 sebulan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Terbuka kepada individu yang berstatus Warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon merupakan warga emas atau orang tua yang brumur 60 tahun dan keatas
  • Orang tua yang bukan tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian (Kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan percuma)
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Mana-mana kes yang bekerperluan layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Panduan Permohonan

  1. Sila layari Portal Rasmi eBantuanJKM – DI SINI
  2. Kemudian tekan butang “Daftar permohonan”
  3. Sila masukkan nombor kad pengenalan dan Negeri tempat tinggal
  4. Sila semak dan setelah selesai tekan Daftar
  5. Dalam tempoh masa 14 hari , pemohon perlu hadir ke Pejabat JKM berhampiran kawasan anda
  6. Senarai direktori pejabat boleh anda semak – DI SINI

Sekiranya anda mempunyai permasalahan semasa proses permohonan atau ingin bertanya berkenaan bantuan ini, anda boleh terus menghubungi talian khas JKM – 03 8000 8000.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif telah disediakan oleh Kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan khususnya melibatkan bantuan berbentuk kewangan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button