BANTUANBKMKerajaan

Bantuan Keluarga Malaysia : Bayaran Bermula Sepetember 2022

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan inisiatif bantuan berbentuk kewangan dari pihak Kerajaan bagi mereka yang layak dan berkeperluan pada tahun 2022. Untuk sedia maklum, BKM akan melalui 4 fasa pembayaran.

Pembayaran bagi Fasa 1 dan Fasa 2 telah selesai diberikan, kini ramai yang sedang menantikan pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 yang akan disalurkan tidak lama lagi. Berikut telah dikongsikan maklumat berkenaan BKM fasa 3 nanti.

KADAR BAYARAN BKM FASA 3

Untuk makluman umum, pembayaran Fasa 3 BKM akan melibatkan semua kategori iaitu isi rumah, warga emas serta bujang. Manakala bagi kadar bayaran pula, akan diberikan pada kadar jumlah dari RM 150 sehingga RM 900. Bayaran mengikut kategori kelayakan penerima.

Namun baru-baru ini pihak kerajaan telah menyatakan bakal ada penambahan bayaran tunai pada Fasa 3 nanti seperti yang berlaku di fasa 2 yang mana kategori bujang telah mendapat tambahan RM 50 dan isi rumah RM 100. Sama-sama kita nantikan berita baik tersebut.

JADUAL PEMBAYARAN BKM 2022

Fasa 1 bermula 28 Mac 2022 secara berperingkat dan telah selesai disalurkan. Fasa 2 bermula 27 Jun 2022 secara berperingkat dan juga telah selesai diberikan. Fasa 3 akan mula disalurkan pada bulan September 2022 dan dijangkakan pada penghujung bulan sama seperti fasa 1 dan 2. Fasa terakhir iaitu Fasa 4 akan diberikan pada bulan Disember 2022.

Untuk semakan status atau kemaskini BKM, anda boleh layari Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia – https://bkm.hasil.gov.my/

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai pakej bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini terutama bantuan tunai. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada, sila ke laman utama yang telah tersedia – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button