BANTUANMobilepreneurTEKUN

Panduan Mohon Bantuan RM10000 : Untuk Beli Motorsikal

Panduan Mohon Bantuan RM10000 sebagai pembiayaan beli motorsikal telah disediakan pada halaman kali ini. Untuk makluman, kemudahan skim khas ini telah disediakan kepada mereka yang berkelayakan pada tahun 2024.

PANDUAN MOHON BANTUAN RM10000

Tahukah kalian, terdapat sebuah program skim pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak TEKUN Nasional yang dikenali sebagai Mobilepreneur 4.0. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh TEKUN Nasional yang merupakan sebuah agensi dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Menerusi program istimewa ini, bantuan pembiayaan diberikan kepada golongan yang memerlukan untuk tujuan beli motorsikal, baik pulih motorsikal dan modal pusingan. Permohonan dibuka dan diberi keutamaan kepada mereka yang merupakan usahawan perkhidmatan penghantaran yang menggunakan kenderaan jenis motorsikal.

KADAR BANTUAN PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0

Untuk makluman, kadar bantuan pembiayaan yang boleh dimohon adalah sehingga maksimum RM10000. Kadar dipecahkan mengikut kategori seperti dibawah :

  • RM1000 – RM5000 : Untuk tujuan baik pulih motorsikal
  • RM1000 – RM5000 : Untuk modal pusingan
  • RM1000 – RM10000 : Untuk tujuan beli motorsikal.

KRITERIA KELAYAKAN MOHON BANTUAN RM10000

Beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan bagi menyertai program bantuan pembiayaan melalui TEKUN Mobilepreneur 4.0 seperti berikut :

  • Bumiputera dan Warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon bukan berstatus muflis
  • Berumur 18 sehingga 65 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  • Mempunyai lesen memandu motorsikal
  • Terlibat secara separuh atau sepenuh masa.

PANDUAN MOHON BANTUAN TEKUN

Kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0

Kepada pemohon yang lulus, mereka perlu bayar balik menggunakan pilihan kaedah melalui aplikasi elektronik. Pembayaran yang mempunyai akses perbankan online banking atau cek tarikh tertunda, untuk ketahui info lengkap sila rujuk pada laman rasmi diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Kepada kalian yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button