BANTUANMySalam

Skim Bantuan Secara Automatik RM 700 Untuk Keluarga Malaysia

Pada tahun ini terdapat banyak jenis inisiatif telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan khususnya insentif bantuan berbentuk kewangan, Terdapat satu skim bantuan yang kalian boleh dapatkan tanpa perlu membuat sebarang permohonan iaitu bantuan MySalam.

Informasi MySalam

Program skim bantuan Mysalam ini adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk Skim Takaful Perlindungan Kesihatan diberikan secara percuma yang menyediakan skim perlindungan takaful untuk keluarga Malaysia yang berpendapatan rendah pada tahun ini melalui Dana Amanah Mysalam.

Prgrma bantuan ini telah ditubuhkan adalah bagi tujuan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah bagi memudahkan kehidupan harian dalam komuniti apabila sedang berhadapan cabaran kewangan serta penyakit yang dihidapi.

Syarat Kelayakan MySalam

  • Individu atau golongan yang berumur 40 tahun sehingga 65 tahun dan mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM 24,000 dan kebawah
  • Individu atau golongan yang berumur 18 tahun sehingga 65 tahun dan mempunyai pasangan
  • Individu atau golongan OKU yang berumur 18 tahun sehingga 65 tahun dan mempunyai pendapatan tahunan RM 24,000 dan kebawah.

Kadar Bantuan MySalam

Bayaran kadar bantuan yang akan diterima oleh individu yang layak skim Mysalam adalah seperti berikut :

  • Menerima bayaran bantuan harian sebanyak RM 40 dalam tempoh 14 hari bersamaan RM 700 untuk setahun
  • Bakal menerima bayaran sebanyak RM 8,000 yang akan diberikan pada masa akan datang.

Nota tambahan : Untuk sedia maklum, skim bantuan Mysalam ini akan diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) secara automatik bermula pada tahun ini.

Panduan Cara Tebus MySalam RM 700

Kepada penerima bantuan tunai dari pihak Kerajaan pada tahun sebelum ini seperti BSH, BPR dan yang terkini BKM, anda akan secara automatik layak menerima bantuan Mysalam. Data anda akan terus dimasukkan ke dalam sistem data mysalam. Sebarang semakan boleh anda buat secara atas talian (Online), sila layari Portal Rasmi MYSALAM – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membantu keluarga Malysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button